Berita IDS

Vol.18 No.1 Sept - Dec 2003

 

1. Harnessing the knowledge systems of indigenous people

2. Panel formed to spearhead biotech development in Sabah

3. Insurance as a tool in risk management

4. Roadmap on implementation of SAIP to be drawn up

 

 

 

 

 

 

 

1. Harnessing the knowledge systems of indigenous people

Ethnobotany and its uses and practices or ethnobiology is a discipline that studies the knowledge and traditional practices of indigenous and ethnic societies of the world. This knowledge is also used for promoting human health and nutrition, and for biodiversity or bio-prospecting and bio-development.

Biodiversity prospecting is the exploration, extraction and screening of biological diversity and indigenous knowledge of commercially valuable biochemical resources. While it is true that biodiversity prospecting does not always involve the use of indigenous knowledge, it is clear that chemical compounds derived from plants, animals and micro-organisms collected with indigenous knowledge and/or found in territories traditionally inhabited by indigenous peoples are more easily identifiable and of greatest commercial value.

The bio-prospecting of this knowledge, either explicit (that which can be captured and stated in language or by other means) and tacit (which can be shared but cannot be or is not made explicit) has become a long-standing international issue with numerous international and regional conferences/seminars and workshops being organized to find the best possible means of having an equitable benefit-sharing arrangement between the parties involved particularly the provider of knowledge and the sovereign country where it originates.

As Sabah’s diverse ethnic societies also utilise and practise inherited knowledge of ethnobotany and traditional healing, it is important to document, preserve and disseminate this valuable knowledge.

With this in mind, a seminar on Traditional Healers and Ethnobotanical Knowledge: Bioprospecting from Traditional Knowledge was organized by Institute for Development Studies (Sabah) on 25-26 September 2003 at the Promenade Hotel, Kota Kinabalu and the Monsopiad Cultural Village in Penampang respectively, with the following objectives:

•   To create awareness and disseminate information on the nature, benefit and prospect of ethno-botany and traditional healing;

•   To inform the players on the current measures introduced to regulate the traditional healers, and

•   To explore an appropriate mechanism in the equitable benefit sharing protocol.

The two-day seminar, sponsored by the Konrad Adenauer Foundation of Germany, was officiated by the Minister of Agriculture and Food Industry, Datuk Abdul Rahim Ismail. About 150 participants comprising representatives from the relevant government departments and agencies, non-governmental organizations (NGOs), herbal dealers, policy makers, researchers and academicians attended the seminar.

In his opening address the Minister said that there was a need for closer monitoring and control over bio-prospecting of traditional medicines and ethnobotany to prevent bio-piracy. “Sabah’s rich biodiversity is endemic to the state and this valuable hertiage should be protected and preserved for future generations,” he said. The Minister also cautioned that unscrupulous people from other countries might take advantage of the local community and obtained from them the knowledge of traditional methods of healing and preparation of medicines using various herbal plants found locally.

Earlier in his welcoming remarks, IDS Chairman Datuk Haji Masidi Manjun stressed the importance of documenting and recording the use of medicinal plants and their  preparations lest this knowledge is lost due to the passage of time.

Mr. Peter Schier, the Konrad Adenauer Foundation (KAF) representative in Malaysia, in his remark pointed out that there should be concern over the rampant activities of bio-piracy in the Third World. The KAF, according to him, was of the view that a bottom-top approach should be adopted in the study of traditional knowledge which ought to benefit the indigenous community as well.

On the second day of the seminar, the participants were given the opportunity to visit the alluring Monsopiad Cultural Village and provided with an insight into Monsopiad heritage and its historical and cultural significance. They also witnessed several demonstrations by the Kadazan traditional healers including a ritual ceremony conducted by one of the few remaining Bobohizan (Kadazandusun priest) in Penampang district. Through active discussions and feedback by the fellow participants, it is clear that more efforts are needed to make the indigenous communities aware of the importance of preserving and protecting ethnobotanical knowledge and the knowledge of traditional healers of the various indigenous communities in the State. 

More follow-up discussions and seminars ought to be held and publications produced to inculcate in the people the significance of this subject matter especially on the need to establish  an appropriate mechanism for an equitable benefit sharing protocol.        

 

*********************************************************************

Etnobotani dan kegunaan serta amalannya atau etnobiologi adalah satu disiplin yang mengkaji mengenai pengetahuan dan amalan orang asal dan masyarakat etnik di dunia ini. Pengetahuan ini juga digunakan untuk meningkatkan kesihatan dan pemakanan sejagat, dan bagi biodiversiti atau meninjau faedah biologi dan pembangunan bio.

Meninjau prospek biodiversiti adalah merujuk kepada peng- ekstrakan dan penyaringan kepelbagaian biologikal dan pengetahuan asal sumber-sumber biokimia yang bernilai secara komersil. Walaupun biodiversiti selalunya tidak melibatkan penggunaan pengetahuan asal, adalah jelas bahawa bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan, binatang dan mikro-organisma yang dikumpulkan melalui pengetahuan asal dan/atau didapati dari wilayah yang secara tradisinya didiami oleh orang-orang asal dapat dikenal pasti dengan lebih mudah dan mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Meninjau bio-prospek bagi pengetahuan ini, sama ada secara eksplisit (yang boleh diungkapkan dan dinyatakan dalam bentuk bahasa atau cara lain) dan tasit (yang boleh dikongsi tetapi tidak boleh atau tidak dieksplisitkan) telah menjadi isu antarabangsa sejak sekian lama dengan penganjuran pelbagai persidangan serta seminar antarabangsa dan serantau untuk mencari cara yang terbaik bagi satu usaha yang faedahnya boleh dikongsi bersama diantara mereka yang terlibat terutamanya pembekal pengetahuan dan negara berdaulat tempat asalnya.

Memandangkan masyarakat etnik Sabah yang pelbagai juga masih menggunakan dan mengamalkan pengetahuan yang diwarisi mengenai cara-cara penyembuhan etnobotani dan tradisi, adalah penting untuk mendokumenkan, memelihara dan menyebarkan pengetahuan berharga ini.

Berdasarkan ini, satu seminar bertajuk Traditional Healers and Ethnobotanical Knowledge: Bioprospecting from Traditional Knowledge telah dianjurkan oleh Institut Kajian Pembangunan (Sabah) pada 25-26 September 2003 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu dan di Monsopiad Cultural Village di Penampang dengan objektif berikut:

•    Untuk mewujudkan kesedaran dan menyebarkan maklumat mengenai bentuk, faedah dan prospek etnobotani dan perubatan tradisional;         

•     Untuk memaklumkan kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini mengenai langkah-langkah yang ada pada masa ini bagi meregulasasikan perubatan tradisi; dan

•     Untuk meninjau mekanisme yang sesuai dalam protokol perkongsian secara saksama.

Seminar selama dua hari ini telah dibiayai oleh Yayasan Konrad Adenauer, Jerman dan telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Abdul Rahim Ismail. Seramai 150 peserta yang terdiri dari wakil-wakil dari pelbagai jabatan kerajaan dan agensi, organisasi bukan kerajaan (NGOs), peniaga herba, pembuat dasar, penyelidik dan para cendikiawan telah menghadiri seminar berkenaan.

Dalam ucapan perasmiannya Menteri itu berkata terdapat keperluan untuk memantau dan mengawal tinjauan bio-prospek bagi ubat-ubatan tradisi dan etnobotani bagi mengelakkan pelanunan hayat. “Biodiversiti Sabah yang kaya adalah endemik kepada negeri ini dan pusaka yang berharga ini perlu dilindungi dan dipelihara untuk generasi masa hadapan,” kata beliau. Menteri itu juga mengingatkan orang-orang luar mungkin akan mengambil peluang ke atas masyarakat tempatan dan mendapatkan pengetahuan dan kaedah tradisi penyembuhan dan penyediaan ubat-ubatan menggunakan pelbagai tumbuhan herba tempatan.

Sebelum itu dalam ucapan alu-aluannya, Pengerusi IDS Datuk Haji Masidi Manjun menekankan kepentingan mendokumentasikan dan merekodkan penggunaan tumbuh-tumbuhan ubatan dan penyediaannya kerana jika tidak pengetahuan ini akan lenyap ditelan masa.

Mr. Peter Schier, wakil Yayasan Konrad Adenauer (KAF) di Malaysia, dalam ucapannya berkata tindakan segera perlu dibuat bagi mengatasi aktiviti pelanunan hayat yang semakin berleluasa di dunia ketiga. KAF, menurut beliau berpandangan bahawa pendekatan bawah ke atas perlu digunapakai dalam kajian pengetahuan tradisi yang akan juga memberi faedah kepada masyarakat asal.

Pada hari kedua seminar, peserta telah diberi peluang melawat Perkampungan Budaya Monsopiad dan telah memberi peluang kepada peserta untuk melihat dengan lebih dekat peninggalan Monsopiad dan sejarah serta kepentingan budayanya. Mereka juga berpeluang menyaksikan beberapa demonstrasi oleh pengamal perubatan Kadazan termasuk upacara penyembahan yang dijalankan oleh seorang pengamal Bobohizan (Paderi Kadazandusun) yang masih ada di daerah Penampang. Melalui perbincangan yang aktif dan maklumbalas dari para peserta, adalah jelas bahawa terdapat keperluan untuk meningkatkan usaha bagi memastikan masyarakat asal lebih sedar tentang kepentingan memelihara dan melindungi pengetahuan etnobotani dan pengetahuan penyembuhan tradisi pelbagai masyarakat asal di negeri ini.

Perbincangan dan seminar berkenaan isu ini perlu diadakan lebih kerap dan hasil terbitan perlu dikeluarkan bagi menanamkan kesedaran kepada mereka yang terlibat tentang kepentingan perkara ini terutama tentang keperluan mewujudkan mekanisme yang bersesuaian bagi protokol perkongsian faedah yang saksama.

 

<Back to top>

 

2. Panel formed to spearhead biotech development in Sabah

A Working Group on Bio-technology Research, Development and Applications which is entrusted with the mission to transform the agriculture and forestry sector into a competitive, resilient and dynamic sector has been formed.

The Working Group, chaired by Science and Technology Advisor to the Chief Minister, Datuk Dr Maximus Ongkili held at its first meeting in Kota Kinabalu on 17 Nov. 2003. It was held  at the Conference Room of the Institute for Development Studies (Sabah) which is Secretariat to the Working Group.

Dr Maximus said the Working Group will promote a more systematic development of the bio-industry through the application of biotechnology. 

“Biotechnology is the future for Sabah to leap forward,” he said in his opening remarks at the meeting while adding that as Sabah is rich in biodiversity, it has the opportunity to take the lead in the development of the biotechnology industry.

On the background leading to the setting up of the Working Group, Dr Maximus said it was necessary to have a body to collate information and also to coordinate the work of various agencies and departments in spearheading the development of biotechnology. “Besides, inputs from the private sector will be needed as biotechnology should be private-sector driven,” he added.

Dr Maximus said the general objective of the Working Group is to promote optimum utilization of biotechnology research and development (R&D) in order to transform the agriculture and forestry sector into a dynamic, resilient and competitive sector.  “In the longer term, it is hoped that Sabah will be able to develop a dynamic and vibrant bio-industry driven by biotechnology development.”

Dr Maximus said the specific objectives of the Working Group are as follows:  

•     To provide technical input in policy formulation and implementation pertaining to biotechnology development in Sabah;

•     To monitor the development of biotechnology research and application in agro-industry;

•     To co-ordinate a more systematic and orderly documentation of biotechnology R&D activity, capability and resources in Sabah;

•     To chart the direction of biotechnology industry development in Sabah, especially  within the broader context of the emerging bio-industry driven by biotechnology;

•     To assist in promoting active participation from the private and public sectors in the innovation-driven, technology-led agro-industry, especially biotechnology  in Sabah;

•     To develop a dynamic and competitive bio-industry through the promotion and application of agro-biotechnology in Sabah; and

•     To explore and assist in the protection of biotechnology products with regard to issues related to Intellectual Property Right (IPR).

The scope of work of the Working Group encompasses the following:

•     To compile and analyse relevant policy and programmes relating to biotechnology development at the State and National level;

•     To compile and analyse relevant information on the potential application of biotechnology in the agro-based sector;

•     To gather information on biotechnology R&D activities, capabilities, applications and direction at the State and National level;

•     To disseminate information on the potential applications of biotechnology R&D in the agro-based sector;

•     To assist in the commercialization of biotechnology R&D in the agro-based sector in Sabah; and

•     To assist in setting up relevant databases needed to support R&D activities and applications in the state.

The Working Group on Biotechnology Research, Development and Applications is placed under the Sabah Agro-Industrial Development Steering Committee.

 

*********************************************************************

Satu Kumpulan Kerja Penyelidikan, Pembangunan dan Aplikasi Bioteknologi telah ditubuh- kan untuk menerajui misi merobah sektor pertanian dan perhutanan menjadi sektor yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik.

Kumpulan kerja ini dipengerusikan oleh Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Maximus Ongkili dan telah mengadakan mesyuarat pertamanya di Kota Kinabalu pada 17 November 2003. Ianya telah berlangsung di bilik persidangan Institut Kajian Pembangunan (Sabah), urusetia kepada jawatankuasa ini.

Dr Maximus berkata Kumpulan kerja ini akan menggalakkan pembangunan bio-industri yang lebih sistematik melalui aplikasi bioteknologi.

“Bioteknologi adalah masa depan bagi negeri Sabah untuk beranjak ke hadapan,” kata beliau dalam ucapan alu-aluannya di mesyuarat tersebut dengan menambah memandangkan Sabah kaya dengan biodiversiti, ia mempunyai peluang untuk menerajui pembangunan industri bioteknologi. 

Menurut Dr Maximus Kumpulan Kerja ini ditubuhkan kerana terdapat keperluan untuk mewujudkan satu badan yang dapat mengumpulkan maklumat dan menyelaraskan kerja-kerja yang dilakukan oleh pelbagai agensi dan jabatan dalam menerajui pembangunan bioteknologi. “Dalam masa yang sama input dari sektor swasta diperlukan kerana bioteknologi sepatutnya didahului oleh sektor swasta,” tambah beliau.

Dr. Maximus berkata objektif umum Kumpulan Kerja ini ialah mempromosikan penggunaan optimum pembangunan dan penyelidikan (R&D) bioteknologi untuk merubah sektor pertanian dan perhutanan menjadi sektor yang dinamik, berdaya tahan dan berdaya saing.

 “Untuk jangka panjang, kita berharap Sabah akan dapat membangunkan bio-industri yang dinamik dan cerdas yang didorongi oleh pembangunan bioteknologi”.

Dr Maximus berkata objektif kumpulan kerja ini secara khususnya adalah seperti berikut: 

•     Menyediakan input teknikal dalam perumusan dasar dan pelaksanaan berkaitan pembangunan bioteknologi di Sabah;

•     Untuk memantau pembangunan penyelidikan dan aplikasi bioteknologi dalam industri-agro;

•     Untuk menyelaraskan dokumentasi yang lebih teratur dan sistematik mengenai aktiviti R&D bioteknologi, keupayaan dan sumber-sumber di Sabah;

•     Untuk menunjukkan halatuju pembangunan industri bioteknologi di Sabah, terutama dalam konteks yang lebih luas mengenai bio-industri yang sedang muncul dan didorongi oleh bioteknologi;

•     Membantu mempromosikan penyertaan aktif dari sektor awam dan swasta dalam industri agro yang didorongi oleh inovasi dan teknologi terutama bioteknologi di Sabah;         

•     Membangunkan bio-industri yang berdaya saing dan dinamik melalui promosi dan aplikasi agro-bioteknologi di Sabah; dan

•     Untuk meninjau dan membantu dalam melindungi produk-produk bioteknologi mengenai isu yang berkaitan dengan Hak Harta Intelektual.

 Bidang tugas Kumpulan Kerja ini meliputi perkara berikut:

•     Untuk mengumpulkan dan menganalisa dasar dan program yang berkaitan pembangunan bioteknologi di peringkat negeri dan negara;

•     Untuk mengumpulkan dan menganalisa maklumat yang berkaitan mengenai potensi penggunaan bioteknologi dalam sektor berasaskan agro;

•     Untuk mengumpulkan maklumat mengenai aktiviti R&D bioteknologi, kebolehannya, aplikasi dan hala tuju di peringkat negeri dan negara;

•     Untuk menyebarkan maklumat mengenai potensi penggunaan aktiviti penyelidikan bioteknologi di sektor berasaskan agro.

•     Membantu dalam pengkomersilan R&D bioteknologi dalam sektor berasaskan agro di Sabah; dan  

•     Membantu dalam menubuhkan pangkalan data berkaitan yang diperlukan untuk mendokong aktiviti R&D dan aplikasi di negeri ini.

Kumpulan Kerja Penyelidikan Bioteknologi, Pembangunan dan Aplikasi diletakkan dibawah Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Industri Agro Sabah.

<Back to top>

3. Insurance as a tool in risk management

Risk, peril and hazard are common terms that are usually used in risk and insurance management. In dealing with the issue of risk and insurance management, first we have to have a clear understanding of the meaning of these terms.

Risk management can be defined as the acceptance of responsibility for recognizing, identifying, and controlling the exposures to loss or injury which are created by activities in an organization. Risk refers to uncertainty of loss while peril is a source of loss (fire, windstorm, embezzlement, etc.) Hazard on the one hand is a condition which increases the likelihood of loss (e.g, a known embezzler hired as an accountant). Contrary to risk management, insurance management involves responsibility for only those risks which are actually insured against.1 

Purpose of risk management and insurance

All organisations are exposed to the perils of fire, theft, earthquake, burglary, work-incurred accidents, liability for injury to the public and the most recent phenomenon of exposure to terrorism and bio-terrorism. Some organisations also have exposures involving possible loss of valuable papers and records, accounts receivables, loss of income and extra expenses to continue operations. Therefore, taking an intelligent approach to risk management and insurance is necessary. Insurance provides financial protection against loss by enabling the purchaser to transfer the risk of loss to the insurer upon the fulfillment of certain conditions.2

Most of the time, insurance is not purchased out of desire, but out of necessity. It isn't a commodity which is enjoyed or displayed or sought after by its owner. In fact some organisations may buy insurance with the hope that they will never have to be used. Usually insurance is used as the last line of defense and available after all other safeguards have failed.3

Insurance in risk management

Insurance may be defined as an economic or social institution designed to perform certain functions, and as a legal contract between two parties.4

It is an economic institution that reduces risk by combining under one management a group of objects so situated that the aggregate accidental losses which the group is subject to become predictable within narrow limits. Insurance is usually effected by, and can be said to include, certain legal contracts under which the insurer, for consideration, promises to reimburse the insured or render services in case of certain described accidental losses suffered during the term of the agreement.

Unfortunately, not all risks are insurable. While insurance relies upon the law of large numbers as a basis for its economical operation, there are many situations that can cause loss where the law of large numbers does not operate satisfactorily. In other situations it may work reasonable well under instances while in other cases it works almost ideally.

According to Greene & Trieschmann 1981 risks that are insurable include:

i)          Property risk

             This involves uncertainty surrounding the occurrence of loss to property from peril that causes direct   and indirect loss of property.

ii)         Personal risks

            This involves the uncertainty surrounding the occurrence of loss of life or income due to premature death, physical disability, old age and unemployment.

iii)         Legal Liability risks

            This involves the uncertainty surrounding the occurrence of loss due to negligent behaviour resulting in injury to persons arising out of use of automobiles, the occupancy of buildings, employment, the manufacture of products and professional misconducts.

All of the above three risks falls under risks insurable commercially.

What are then risks that are not insurable commercially? Greene & Trieschmann 1981 listed them as follows:

i)          Market risks

            This involves factors that may result in loss to property or income, such as price changes, seasonal or cyclical, consumer indifference, style changes and competition offered by a better product.

ii)         Political risks

            This involves uncertainty surrounding the occurrence of overthrow of the government or war, restrictions imposed on free trade, unreasonable or punitive taxation and restrictions on free exchange of currencies.

iii)         Productions risks

            This involves uncertainties surrounding occurrence of failure of machinery to function economically, failure to solve technical problems, exhaustion of raw material resources and strikes, absenteeism and labour unrest.

 

Types of insurance

There are many types of insurance that are available in the market. They include health insurance, life insurance, vehicle insurance, building insurance, fire insurance and captive insurance.

The type of insurance coverage that an organisation should consider having depends on the type of business that the organisation is into and the types of activities that are carried out by the organisation. For example, if the organisation is in the transportation industry, taking an insurance coverage on personal and life risks would be necessary to protect its employees from unforeseen accident while performing their duty on the road, air or water. At the same time vehicle insurance coverage would be needed as well. Another example: If the company is heavily involved in the manufacturing industry where gasoline is greatly consumed, then having fire and building insurance coverage would be necessary for this company since the company is highly exposed to peril of fire.

Another type of insurance which is increasingly becoming popular today is captive. Captive insurance facilities have become a popular way of setting aside risk capital to finance retained risk. Insurance premiums paid to captives worldwide are estimated at $90 billion a year.5

There are two types of captive:

i)          A “pure” captive is owned and controlled by one company and insures that company and/or its subsidiaries.

ii)         A group captive is an insurance company owned and controlled by two or more unaffiliated organizations which is formed to provide insurance to its group or association of owners. The owners usually consist of companies from a related   business field.

Importance of insurance to an organization

Insurance indeed has become a crucial financial safeguard for any organization in today’s society. A good example of how insurance has lessened the impact of a major tragedy can be seen from the September 11 terrorist attacks in New York which had almost paralysed the city’s economy. Fortunately the payment of about US$40 billion from various insurance companies had saved the city from economic disaster.6

Thus, organizations including those in Sabah should re-look at their risk management policy whether insurance has been included as a tool to minimize the impact of unforeseen circumstances or incidents that could inflict severe damage to or loss of property or life.

Conclusion

Despite its weaknesses insurance is still seen as one of most important tools in risk management and thus could not be ignored. As the old saying goes it is better to be safe than sorry. Indeed getting an insurance coverage can provide financial safeguard against business risks or personal life uncertainties.

 

Notes

 

1<http://www.stanford.edu/dept/Risk-Management/docs/deptinfo.shtml#def>. [accessed on  June 7, 2003].

 

2The MalaysianInsurance Institute, 4th print 2001, p.18/2.

 

3<http://www.stanford.edu/dept/Risk-Management/docs/deptinfo.shtml#def>. [accessed on June 7, 2003].

 

4Greene and Trieschman, Risk and Insurance, 5th ed., South-Western Publishing Co. 1981, p. 20.

 

5“Risk management hits corporate governance spotlight,”  <http://www.busrep.co.za/index.php?fSectionId=552&fArticleId=330883>. [Accessed on February 16, 2004].

 

6September 11, 2001: The First Year One Hundred Minutes of Terror that Changed the Global Insurance Industry Forever Robert P. Hartwig, Ph.D., CPCU Senior Vice President & Chief Economist Insurance Information Institute <http://iiisrv.thing.net/yy_obj_data/binary/ 632721_1_0/sept11paper.pdf>. [Accessed on June 16, 2003].

 

References

 

C Arthur Williams,Jr, Richard M. Heins, Risk Management & Insurance, 3rd ed., Mc Graw Hill, 1976.

 

Ian M.Johnstone-Bryden, Managing Risk, How to Work successfully with Risk, Athenaeum Press Ltd, Gateshead, Tyne & Wear, 1995.

 

“Economic fear also a legacy,” Chicago Tribune, 7 September 2002. <http://www.chicagotribune.com/news/showcase/chi0209070260sep07,0,2106141.story?coll=chi-newsspecials-hed>. [Accessed on  June 13,  2003].

 

Terrorism Insurance, <http://www.bna.com/webwatch/terrorisminsurance.htm>. [Accessed on  June 13, 2003].

 

*********************************************************************

Risiko, bahaya dan bencana adalah terma-terma yang biasanya digunakan dalam pengurusan risiko dan insuran. Dalam menangani isu berkaitan risiko dan pengurusan insuran, kita terlebih dahulu perlu memahami erti terma-terma berkenaan.

Pengurusan risiko boleh didefinisikan sebagai menerima tanggungjawab dan mengambil maklum, mengenal pasti serta  mengawal pendedahan terhadap kemungkinan berlakunya kehilangan atau kecederaan yang diakibatkan oleh aktiviti dalam sesuatu organisasi. Risiko ditujukan kepada ketidaktentuan akan berlakunya kehilangan sementara bahaya adalah pengakibat kehilangan (kebakaran, ribut taufan, pecah amanah dan sebagainya). Sementara itu bencana ialah keadaan yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kehilangan (contohnya menggaji seorang akauntan yang diketahui pernah pecah amanah). Sebaliknya pengurusan insuran hanya melibatkan tanggungjawab terhadap risiko yang telah diinsurankan.1

Faedah pengurusan risiko dan insuran

Semua organisasi terdedah kepada bahaya kebakaran, kecurian, gempa bumi, rompakan, kemalangan ketika bekerja, liabiliti menyebabkan kecederaan awam dan fenomena baru pendedahan terhadap serangan pengganas dan pengganas-bio. Sesetengah organisasi juga terdedah kepada kemungkinan kehilangan  kertas-kertas dan rekod yang penting, akaun-akaun penerimaan, kehilangan mata pencarian dan perbelanjaan yang bertambah bagi menguruskan operasi. Dengan demekian, mengambil pendekatan bijak dalam pengurusan risiko dan insuran adalah penting. Insuran menyediakan perlindungan kewangan terhadap kehilangan dengan membolehkan pembeli mengalihkan risiko kehilangan kepada syarikat insurans setelah memenuhi keadaan yang telah ditetapkan.2

Selalunya, insuran tidak dibeli disebabkab keinginan, tetapi disebabkan keperluan. Ianya bukan komoditi yang memberi keseronokan atau dikehendaki atau dimahukan oleh pembelinya. Sesetengah organisasi membeli insuran dengan harapan ia tidak perlu digunakan. Selalunya insuran digunakan sebagai pertahanan terakhir dan hanya dapat digunakan setelah semua langkah lain telah menemui kegagalan.3

Insuran dalam pengurusan risiko

Insuran boleh didefinisikan sebagai institusi ekonomi atau sosial yang diwujudkan untuk melaksanakan sesuatu fungsi, dan sebagai perjanjian berasaskan undang-undang di antara dua pihak.4

Ianya adalah institusi ekonomi yang mengurangkan risiko dengan menyatukan pengurusan sekumpulan objek yang berada dalam satu situasi dimana agregat kehilangan yang mungkin dihadapi oleh kumpulan ini dapat dijangka setakat yang  dihadkan. Insuran selalunya menerima kesan, dan boleh melibatkan perjanjian undang-undang yang tertentu di mana syarikat insuran, setelah dinilai, berjanji untuk membayar pembeli insuran atau memberikan perkhidmatan dalam kes di mana sesuatu kemalangan yang telah diterangkan berlaku dalam tempoh perjanjian berkenaan.

Malangnya tidak semua risiko boleh diinsurankan. Insuran tertakluk kepada undang-undang berkumpulan besar sebagai asas operasi ekonominya, namun terdapat situasi di mana kehilangan boleh berlaku di mana undang-undang berkumpulan besar ini tidak beroperasi secara memuaskan. Dalam situasi lain pula ia mungkin memenuhi undang-undang berkenaan sementara dalam situasi lain ia mungkin nampak terlalu ideal.

Menurut Greene & Trieschmann 1981 risiko yang boleh diinsurankan termasuk:

i)          Risiko harta benda

            Ini melibatkan ketidaktentuan akan berlakunya kehilangan terhadap harta benda akibat bahaya samada langsung atau secara tidak langsung.

ii)         Risiko peribadi

            Ini melibatkan ketidaktentuan akan berlakunya kehilangan nyawa atau    pendapatan akibat kematian mendadak, kehilangan keupayaan, peningkatan usia  dan kehilangan pekerjaan.

iii)  Risiko liabiliti undang-undang

            Ini melibatkan ketidaktentuan akan berlakunya kehilangan akibat kecuaian yang             mengakibatkan kecederaan kepada orang lain disebabkan oleh kenderaan, menduduki sesuatu bangunan, pekerjaan, pembuatan sesuatu produk dan salah     laku profesional.

Kesemua yang disebutkan ini adalah risiko di bawah kategori risiko yang boleh diinsurankan secara komersil.

Apakah dia risiko yang tidak dapat diinsurankan secara komersil? Greene & Trieschmann 1981 telah menyenaraikannya seperti berikut:

i)          Risiko pasaran

            Ini melibatkan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan kehilangan harta benda atau pendapatan, seperti perubahan harga, perubahan secara bermusim atau secara pusingan, ketiadaan tindak balas pengguna, perubahan gaya dan persaingan oleh produk lain yang lebih baik.

ii)         Risiko politik

            Ini melibatkan ketidaktentuan akibat berlakunya penggulingan kerajaan atau perang, sekatan terhadap perdagangan bebas, kadar cukai yang tidak berpatutan dan punitif dan sekatan terhadap pertukaran wang asing.

iii)         Risiko pengeluaran

            Ini melibatkan ketidaktentuan mengenai berlakunya kerosakan mesin   mengakibatkan ianya tidak dapat berfungsi secara ekonomi, kegagalan untuk menyelesaikan masalah teknikal, kekurangan sumber bahan mentah dan tunjuk perasaan, ponteng dan pergolakan pekerja.

Jenis-jenis insuran

Terdapat pelbagai jenis insuran di pasaran. Ini termasuklah insuran kesihatan, nyawa, kenderaan, bangunan, kebakaran dan insuran captive.

Jenis insuran perlindungan yang perlu diambil oleh sesebuah organisasi terpulang kepada jenis operasi perniagaan dan aktiviti yang dijalankan di organisasi berkenaan. Sebagai contoh, jika organisasi itu dalam industri pengangkutan  mengambil insuran perlindungan nyawa dan peribadi adalah penting untuk melindungi pekerja dari kemalangan yang tidak dijangka ketika melaksanakan tugas mereka sama ada di jalan raya, udara atau air. Pada masa yang sama perlindungan insuran kenderaan  juga diperlukan. Satu contoh lagi: jika syarikat berkenaan terlibat secara langsung dalam industri pembuatan yang menggunakan banyak gasolin, mendapatkan insuran perlindungan kebakaran dan bangunan adalah amat perlu kerana syarikat ini amat terdedah dengan bahaya kebakaran.

Satu lagi jenis insuran yang menjadi semakin popular ketika ini ialah Captive. Kemudahan insuran captive menjadi semakin popular bagi persediaan modal untuk membiayai risiko yang dikekalkan. Premium insuran yang dibayar kepada syarikat captive seluruh dunia dianggarkan bernilai $90 bilion setahun.5

Terdapat dua jenis captive:

i)          Captive tulen dipunyai dan dikawal oleh sebuah syarikat yang menginsurankan   syarikat tersebut dan atau subsidirinya.

ii)         Captive  berkumpulan ialah syarikat insuran yang dipunyai dan dikawal oleh       dua atau lebih organisasi yang tiada hubungan yang diwujudkan bagi            menyediakan insuran kepada kumpulannya atau persatuan pemunya. Pemunya             selalunya terdiri dari syarikat dari industri yang sama.

 Kepentingan insuran kepada organisasi

Tidak dinafikan insuran semakin menjadi penting dalam melindungi organisasi dalam masyarakat hari ni. Satu contoh yang baik bagaimana insuran dapat membantu meringankan impak tragedi besar dapat dilihat dari peristiwa 11 September serangan pengganas ke atas bandar raya New York yang hampir melumpuhkan ekonomi bandar raya tersebut. Namun dengan adanya perlindungan insuran dengan bayaran sejumlah US$40 bilion dari pelbagai syarikat insuran menyelamatkan bandar tersebut dari kelumpuhan ekonomi.6

Dengan demikian, organisasi termasuk yang berada di Sabah perlu melihat semula dasar pengurusan risiko mereka sama ada insuran telah diambilkira sebagai alat meminimumkan impak keadaan yang tidak disangka atau insiden yang boleh membinasakan serta mengakibatkan kehilangan harta benda atau nyawa.

Penutup

Walaupun insuran mempunyai kelemahan, ianya masih dilihat sebagai alat yang amat penting dalam pengurusan risiko dan tidak boleh ditinggalkan. Seperti pepatah lama mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Sesungguhnya mendapatkan perlindungan insuran boleh membantu meringankan beban kewangan apabila kejadian malang menimpa perniagaan atau peribadi.

<Back to top>

4. Roadmap on implementation of SAIP to be drawn up

The state Agriculture and Food Industry Ministry has proposed the preparation of a roadmap, which among other things, will include implementation schedules to ensure the Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) project is implemented as soon as possible.

The Minister concerned, Datuk Abdul Rahim Ismail, made the proposal at a meeting on Agro-Industry Development Action Plan which was held at the IDS Conference Room on 30 Dec. 2003.

He said the SAIP project in the Papar district is poised to play an important role in providing integrated in situ facilities to complement the agro-industry value chain which includes R&D, production, processing, manufacturing, packaging and marketing activities.

Datuk Rahim said SAIP is expected to create opportunities for small and medium enterprises (SMEs) and start-ups, as well as assist bumiputeras in the rural areas to venture into agro-industry sub-sector. The minister disclosed that presently the food product sub-sector was the second largest manufacturing sub-sector after the timber sub-sector. “Of the 904 industries registered in Sabah as at December 2000, 237 of them are in the food product sub-sector category and they comprise small and medium enterprises,” he said.

In view of this as well as to achieve optimum synergy in the development of ago-industry and the agriculture sector,  Datuk Rahim said the government had decided to place the Sabah Institute of Small and Medium Enterprise (IPKS) under his ministry.

“This is a wise move as IPKS, since its establishment, has been focusing on agricultural development through the promotion of entrepreneurship in agro-industry,” he said. This move will also enhance synergy and coordination between IPKS and other agencies under the Ministry of Agriculture and Food Industry such as KPD, Ko-Nelayan, SAFMA and Yayasan Usahamaju, ” he added.

Datuk Rahim said that the active participation of the agricultural entrepreneurs or agropreneurs and techopreneurs will no doubt help to develop the agriculture sector further. The Minister also disclosed that IPKS and Marditech Corporation, a subsidiary of the Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) were in the process of setting up a factory to produce Mengkudu and other fruit juices.

“For this purpose, IPKS has formed a subsidiary company known as Borneo Natural Product Sdn Bhd to add more value to farm produce which is normally sold at tamu and nearby markets.”

Datuk Rahim said IPKS was also venturing into the herbal industry through KPS Sdn. Bhd, a joint venture between IDS, IPKS and the private sector. “KPS Sdn Bhd. has since launched several herbal products such as Tongkat Ali, Mengkudu and Pegaga capsules, and Mengkudu juice and Pegaga tea.”

He added that IPKS and Marditech Corporation were also exploring effective strategies to market Sabah’s agro-industry products overseas. He urged the two agencies  to work together with other agencies under his ministry on a tripartite smart partnership involving farmers, the SMEs and the government.

The Minister also urged IPKS to implement the Tunas Mekar, a pioneering entrepreneur programmee involving graduates, in Sabah. The programme was proposed by the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in Kuala Lumpur over the weekend. Under the programme, business studies students especially those from Universiti Teknologi MARA (UiTM) will form partnerships with small cottage industry operators. Datuk Rahim was confident that the programme, with a combination of knowledge of young graduates and operators’ experience, will give the agriculture sector and agro-industry a new lease of life. He assured that his ministry would provide cooperation and the necessary assistance if required.

Earlier, Datuk Rahim said his ministry was in the process of preparing an action plan for the development of the agriculture sector in Sabah in line with the objectives of the Third National Agricultural Policy and the Second Sabah Agricultural Policy. 

He said the action plan was to ensure that the agriculture sector play a pivotal role in the state’s development in accordance with the state’s development agenda, the Halatuju. He said one of the main strategies of the government in the development of the  agriculture was to increase the participation of the private sector in the agriculture sector. 

 

*********************************************************************

Kementerian  Pertanian dan Industri Makanan negeri telah mencadangkan pengujudan  pelan pelaksanaan yang antara lainnya akan meliputi jadual pelaksanaan  untuk memastikan projek Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) dilaksanakan secepat mungkin.

Menteri berkenaan Datuk Abdul Rahim Ismail,  membuat cadangan tersebut di mesyuarat Pelan Tindakan Pembangunan Industri Agro yang berlangsung di Bilik Persidangan IDS pada 30 Disember 2003.

Projek SAIP di daerah Papar ini akan memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan yang bersepadu dalam satu kawasan bagi melengkapkan nilai rangkaian industri agro yang termasuklah R&D, pengeluaran, pemprosesan, pembuatan, pembungkusan dan aktiviti pemasaran.

Datuk Rahim berkata SAIP dijangka akan mewujudkan peluang bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan perniagaan baru, serta membantu bumiputera di kawasan luar bandar untuk menceburi sub-sektor industri agro. Menteri itu menerangkan pada masa ini sub-sektor produk makanan merupakan sub-sektor pembuatan yang kedua terbesar selepas sub-sektor balak. “Dari 904 industri yang berdaftar di Sabah setakat Disember 2000, 237 darinya dikategorikan dalam sub-sektor produk makanan dan mereka merangkumi perusahaan kecil dan sederhana.

Berlandaskan ini serta untuk mencapai sinergi secara optimum dalam pembangunan industri agro dan sektor pertanian, Datuk Rahim berkata kerajaan telah memutuskan untuk menempatkan  Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (IPKS) dibawah kementerian beliau.

“Ini adalah langkah yang bijak kerana IPKS, sejak penubuhannya telah memberi tumpuan kepada pembangunan pertanian dengan menggalakkan keusahawanan dalam industri agro,”  kata beliau. Ini akan juga memastikan peningkatan sinergi dan penyelarasaan antara IPKS dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seperti KPD, Ko-Nelayan, SAFMA dan Yayasan Usahamaju,” tambah beliau.

Datuk Rahim berkata penyertaan aktif usahawan pertanian atau usahawan agro dan usahawan tekno sudah pasti akan dapat membantu membangunkan lagi sektor pertanian ini. Menteri itu juga telah berkata IPKS dan Marditech Corporation, Subsidiari kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) adalah dalam proses mendirikan kilang menghasilkan jus mengkudu dan jus buah-buahan yang lain.

“Bagi tujuan ini, IPKS telah mewujudkan syarikat subsidiari yang dikenali sebagai Borneo Natural Product Sdn Bhd bagi menambah nilai hasil-hasil ladang yang selalunya dijual di  tamu atau pasar-pasar yang berdekatan.”

Datuk Rahim berkata IPKS juga menceburi industri herba melalui KPS Sdn Bhd, sebuah syarikat kerjasama antara IDS, IPKS dan syarikat swasta. “KPS Sdn Bhd. sehingga hari ini telah melancarkan beberapa produk herba seperti Tongkat Ali, Mengkudu dan kapsul Pegaga, dan jus Mengkudu serta teh Pegaga.”

Beliau berkata IPKS dan Marditech Corporation juga sedang mengeksplorasi strategi-strategi berkesan bagi memasarkan produk industri agro di luar negara. Dia menyeru kedua-dua agensi berkenaan untuk bekerjasama dengan agensi lain di bawah kementerian beliau dalam perkongsian pintar tiga penjuru yang melibatkan petani, IKS dan kerajaan.

Menteri itu juga menyeru IPKS melaksanakan Tunas Mekar, program usahawan perintis yang melibatkan graduan-graduan di Sabah. Program ini telah dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur pada hujung minggu yang lalu. Di bawah program ini, pelajar kelulusan Perniagaan terutama dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjalin perkongsian dengan pengendali industri peniaga kecil. Datuk Rahim yakin program ini, dengan kombinasi pengetahuan para graduan muda serta pengalaman para pengendali, akan memberi sektor pertanian dan industri agro satu nafas baru. Beliau memberi jaminan bahawa kementerian beliau akan memberi kerjasama dan bantuan sekiranya diperlukan.

Sebelum itu, Datuk Rahim berkata kementerian beliau dalam proses menyediakan pelan bertindak bagi pembangunan sektor pertanian di Sabah selaras dengan objektif Dasar Pertanian Negara yang Ketiga dan Dasar Pertanian Sabah yang Kedua. Beliau berkata Pelan Bertindak ini adalah untuk memastikan sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negeri seperti  yang terdapat dalam agenda pembangunan negeri iaitu Halatuju bagi negeri Sabah. Beliau berkata salah satu strategi kerajaan dalam pembangunan pertanian ialah meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam sektor pertanian.

 

<Back to top>

<Back to main page>

<Home>