Berita IDS

Vol.16 No.1 Jan - Apr 2001

 

1)New Chief Minister outlines three priorities

2)Promoting specialty natural products in Sabah

3)Forestry and resource management

4)Modern tax and trade policies in a global economy

 

 

1)New Chief Minister outlines three priorities

The system of rotating the Chief Minister’s post among the major communities in Sabah, implemented by the Barisan Nasional since 1994 was in the spotlight again amid calls for its abolishment when the incumbent chief minister completed his two-year term last March.

Nevertheless, the Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad decided to proceed with the rotation, albeit with a slight change in format. The new formula provides for the Muslim Bumiputera to hold the post of Chief Minister for two terms in one rotation while the non-Muslim Bumiputera and the Chinese get to hold one term each.

Prior to this, the three major communities: Muslim Bumiputera, non-Muslim Bumiputera and the Chinese had each held the Chief Minister’s post for a period of two years under the power-sharing rotation system.

The rationale for the Muslim Bumiputera to hold the post of Chief Minister for two terms in the new formula is that UMNO Sabah holds the largest number of seats in the State Assembly. The new format is dubbed as the ‘2-1-1’ formula.

The Prime Minister was aware that certain quarters would not be pleased regardless of whether the rotation was abolished or otherwise. So he had to find an amicable political solution, one that would be acceptable to all the parties concerned. On the one hand, the Prime Minister has to be seen to be sensitive and also accommodative to the wishes of the BN component parties in Sabah in particular and the people in general. On the other hand, the Prime Minister too has to be mindful of the larger interest of Sabah and Malaysia as a united nation in terms of racial unity and political stability. This, it was believed, was the basis of his decision in retaining the rotation system although with a slight modification.

When the new cabinet met for the first time on April 4, the Chief Minister, Datuk Chong Kah Kiat outlined his three priorities during his two-year tenure: to tackle the illegal immigrant issue, illegal logging and fish-bombing.

On the following day, after chairing a meeting of the Sabah State Security Committee, the new Chief Minister announced that a special committee had been formed to address the rampant fish-bombing activities in Sabah. The committee is headed by the Director of the Federal Special Task Force for Sabah and Labuan, Datuk Abu Talib Harun who also heads the committee on illegal immigrants. The special committee on illegal logging is headed by the State Secretary.

It cannot be denied that the three problems: illegal immigrant, illegal logging and fish-bombing are pressing issues which ought to be dealt with urgently before they become unmanageable. The illegal immigrant issue, for instance, is a long-standing problem which dates back to the 1970s. It started off as an exodus of political refugees to Sabah as a result of conflict in the Southern Philippines. However, their numbers swelled rapidly to include those who came to the state later in search of better economic opportunities. Their continued presence in Sabah will therefore not only contribute to social problems but also undermine the state’s security.

Fish bombing has become a rampant activity which not only destroys fish but also other smaller marine resources. Fish bombing is said to be the main cause of destruction to coral reefs along Sabah’s coastal waters. The setting up of the special committee is therefore very timely to curb fish bombing activities which not only threaten fishery resources but also other precious underwater living organisms.

Illegal logging, on the other hand has the same destructive effect on the environment. Indiscriminate felling of trees can lead to environmental defects such as landslides, pollution to rivers and streams, loss of water catchment areas and revenue loss to the government in the form of taxes.

Nevertheless, efforts to surmount the problems of illegal logging, fish-bombing and illegal immigrant will admittedly be difficult. Aside from political will, the cooperation of all concerned including the law enforcement authorities and the general public will be needed to solve the problems once and for all.

 

Sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri di kalangan komuniti terbesar di Sabah yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional sejak 1994 mendapat perhatian meluas apabila ia memasuki pusingan kedua tahun ini dengan terdapatnya permintaan untuk menghentikan sistem tersebut apabila Ketua Menteri pada masa itu menamatkan tempoh gilirannya selama dua tahun pada Mac lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah memutuskan untuk meneruskan sistem penggiliran tersebut dengan membuat sedikit perubahan terhadap rumusan sistem berkenaan. Perubahan itu menyaksikan Bumiputera Islam memegang jawatan Ketua Menteri selama dua penggal dalam satu pusingan sementara Bumiputera bukan Islam serta kaum Cina memegang jawatan tersebut masing-masing selama satu penggal.

Sebelum ini, ketiga-tiga komuniti utama: Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam dan kaum Cina telah masing-masing memegang jawatan Ketua Menteri selama dua tahun dalam sistem penggiliran perkongsian kuasa.

Rasional bagi bumiputera Islam memegang jawatan Ketua Menteri selama dua penggal dalam rumusan baru ini adalah kerana UMNO Sabah merupakan parti terbesar dalam dewan undangan negeri. Format baru ini dikenali sebagai rumusan '2-1-1'.

Perdana Menteri sedar bahawa terdapat setengah-setengah pihak yang tidak berpuas hati samada sistem penggiliran tersebut diberhentikan atau sebaliknya. Dengan demikian beliau mencari jalan yang paling baik untuk semua pihak dari segi politik, keputusan yang boleh diterima oleh semua yang terlibat. Di sebaliknya, Perdana Menteri perlu dilihat sebagai sensitif dan juga prihatin terhadap hasrat parti-parti komponen BN di Sabah terutamanya dan rakyat secara umum. Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga perlu prihatin terhadap kepentingan Sabah dan Malaysia sebagai negara yang bersatu dari segi perpaduan dan kestabilan politik. Ini dipercayai adalah asas kepada keputusan beliau untuk mengekalkan sistem penggiliran dengan sedikit perubahan.

Apabila kabinet baru bermesyuarat pada kali pertama pada 4 April, ketua menteri menggariskan tiga tumpuan utama beliau disepanjang tempoh memegang jawatan ketua menteri: menangani isu pendatang tanpa izin, pembalakan haram dan pengeboman ikan.

Sehari selepas itu, ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa keselamatan kerajaan negeri, ketua menteri mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas untuk menangani masalah aktiviti pengeboman ikan yang semakin berleluasa di Sabah. Jawatankuasa itu diketuai oleh Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan bagi Sabah dan Labuan, Datuk Abu Talib Harun yang juga mengetuai jawatankuasa pendatang tanpa izin. Jawatankuasa khas bagi pembalakan haram adalah diketuai oleh setiausaha kerajaan negeri.

Tidak dapat dinafikan bahawa tiga masalah tersebut: pendatang tanpa izin, pembalakan haram dan pengeboman ikan adalah isu-isu yang memerlukan perhatian segera sebelum ia menjadi tidak terkawal. Isu pendatang tanpa izin, sebagai contoh, adalah masalah yang telah lama sejak tahun 1970an lagi. Ia bermula apabila sebilangan besar pelarian politik datang ke Sabah berikutan dari konflik di selatan Filipina. Bagaimanapun, bilangannya semakin menjadi bertambah besar melibatkan mereka yang datang ke sini untuk mencari peluang peluang ekonomi yang lebih baik. Kehadiran mereka yang berterusan di Sabah bukan hanya menyumbang kepada masalah sosial tetapi juga menjejaskan keselamatan negeri ini.

Pengeboman ikan telah menjadi aktiviti yang semakin berleluasa bukan hanya membinasakan ikan tetapi juga sumber-sumber marin yang lebih kecil. Pengeboman ikan dikatakan adalah punca utama kerosakan terumbu karang di sepanjang perairan pantai Sabah. Penubuhan jawatankuasa tersebut dengan ini adalah bersesuaian dengan masanya untuk mengawal pengeboman ikan yang bukan hanya mengancam sumber perikanan tetapi juga organisma di dalam laut yang berharga.

Pembalakan haram, disebaliknya mempunyai kesan yang membinasakan terhadap alam sekitar. Penebangan pokok-pokok secara sembarangan boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar seperti tanah runtuh, pencemaran sungai dan tali air, kemusnahan kawasan tadahan air dan kehilangan pendapatan kepada kerajaan dari segi cukai.

Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyelesaikan masalah pembalakan haram, pengeboman ikan dan pendatang tanpa izin diakui bukannya mudah. Selain dari semangat politik, kerjasama semua yang terlibat termasuklah penguatkuasa undang-undang dan orang awam adalah diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini untuk selamanya.

<back to top>

 

2)Promoting specialty natural products in Sabah

Malaysia is home to an estimated 15,000 known plant species of which 3,700 species are known to be useful and the balance remains unexploited. Aquatic plants and animals are also promising sources of bioactive compounds. These species represent a major biological resource for the development of specialty natural products (SNP). The National Agricultural Policy (1998 - 2010) refers SNP as natural products based on botanical (herbs, medicinal plants, spices and aromatic plants) and, aquatic plants and animals. Malaysia recognises the potential of the SNP sector in areas which include industrial applications, pharmaceutical, traditional herbal medicine and, flavours and fragrances. Noting an increase in demand for natural-based products specifically for health care, cosmetics and toiletries, Malaysia is also investing substantially on R&D works to facilitate the development of the SNP sector.

Some of the R&D findings are available for use by industry. However, there is a need to create more opportunities for research organisations and private sector companies to collaborate and ensure effective commercialisation of the R&D results. Such research-industry alliances can add value to the nature-based products and increase the competitive edge of private sector companies whilst facilitating the development of indigenous technologies. As the nation moves towards a knowledge-based or K-economy, technological innovations through R&D utilisation in industry also become more pertinent.

Sabah is keen to capitalise on her rich biodiversity as she ventures into developing this SNP sector. Hence, there is a need to explore further the mechanism for collaboration and commercialisation of R&D findings with respect to SNP, from research organisations (academia and research institutions) to the private sector.

The State Government is attempting to venture into this research-industry alliance through the development of the Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP). Essentially, the Precinct is a test-bed for agro-industrial development through cluster competitiveness, driven by knowledge, technological innovation and research, as well as communication and information technology. One of the primary focuses would be on the development of SNPs such as herbs and traditional medicines, cosmetics and toiletries and pharmaceutical products, encompassing upstream and downstream aspects.

On 24 April 2001, Marditech Corporation Sdn Bhd, Institute for Development Studies (Sabah) and Sabah Institute for Small and Medium Enterprise jointly organised a two-day Seminar on Biodiversity Resources with Reference to Specialty Natural Products: The Prospects of Utilising R&D Findings in Sabah.

The objectives of the seminar were to:

a. make known the types of R&D activities carried out on specialty natural products in Malaysia and their scope for commercialisation;

b. link research bodies with industry to explore the prospects of commercialising R&D findings;

c. learn and benefit from private sector’s experiences in their collaboration with research organisations in commercialising R&D findings; and

d. disseminate information on the types of financial and technical assistance available to the private sector in the commercialisation process.

The Minister of Finance, Datuk Musa Aman was invited to present the keynote address at the opening ceremony. In his address the minister said that the State Government through the Second State Agriculture Policy (1999-2010) recognises the rich variety of untapped natural resources in Sabah and stressed the need to develop and exploit the potential of the SNP sector. "This would necessarily entail more emphasis on R&D activities and other support services," he added.

He said that various organisations have already embarked on R&D programmes to facilitate the development of the SNP sector whilst the Federal Government has introduced various technical and financial schemes. In view of this Datuk Musa said that the window of opportunity for embarking on SNP-related industries is wide open and the private sector should take cognisance of this.

About 100 participants comprising officials from SNP-related government organisations, academia, R&D and financial institutions, entrepreneurs and potential investors attended the seminar.

Participants were presented with an overview of R&D activities on SNPs in Malaysia and technologies available for their production and processing. Highlights were given to a number of smart partnerships in biodiversity R&D. Much information was provided on the various technical and financial assistance by the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Marditech Corporation Sdn Bhd and Small and Medium Industries Development Corporation (SMIDEC) in the commercialisation process of SNPs. One of the papers also covered marketing aspects of herbal products whilst two private sector companies shared their experiences in obtaining financial and technical assistance and how they used such funds in developing their products with the research organisations. The seminar participants contributed their comments, sought clarifications and forwarded various questions during the question and answer sessions. The issues and challenges raised and discussed include difficulties in obtaining good planting material for plantation purposes, a lack of seed technology, a need for more R&D on commercial cultivation and product development and guidelines for planting of herbs.

 

Exhibition booths were also set up by Marditech Corporation Sdn Bhd and Konsortium Pasifik Sama Sdn Bhd to inform participants of their various activities, programmes and herbal products. It is anticipated that the seminar will provide the impetus for the private sector to better appreciate the immense value of biodiversity resources in Sabah and hence explore the vast potential and opportunities in the SNP industry in Malaysia. Undoubtedly, their efforts to enter the industry can be complemented by various government technical and financial support coupled with the knowledge and expertise of R&D institutions to translate R&D results into high quality SNP. – Shirley Fung

 

Malaysia mempunyai kira-kira 15,000 spesies tumbuhan yang diketahui, di mana 3,700 jenis spesies dikenal pasti berguna dan selebihnya belum lagi diterokai. Tumbuhan akuatik dan binatang-binatang juga mempunyai sumber kepelbagaian bioaktif yang berpotensi. Spesies-spesies ini merangkumi sumber biologikal utama bagi pembangunan produk asli istimewa atau SNP.

Dasar Pertanian Negara (1998-2010) merujuk SNP sebagai produk semulajadi berasaskan botanikal (herba, tumbuhan ubatan, spesies dan tumbuhan aromatik), tumbuhan akuatik dan binatang. Malaysia mengiktiraf potensi sektor SNP terutama yang merangkumi aplikasi perindustrian, farmaseutikal, ubatan herba tradisional, perasa dan pewangi.

Menyedari tentang peningkatan permintaan produk asli istimewa khususnya untuk penjagaan kesihatan, kosmetik dan bagi alat-alat dandanan diri, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar ke atas kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menyelaras pembangunan sektor SNP.

Terdapat beberapa hasil penemuan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan oleh industri. Bagaimanapun terdapat keperluan untuk mewujudkan lebih banyak peluang kepada organisasi penyelidikan dan sektor swasta untuk bekerjasama bagi memastikan hasil penemuan R&D daripada SNP dapat dikormersilkan secara berkesan.

Gabungan penyelidikan-industri seperti ini dapat menambahkan nilai produk berasaskan semulajadi dan meningkatkan kelebihan kompetitif kepada syarikat-syarikat dalam sektor swasta serta pada masa yang sama menyelaraskan pembangunan teknologi tempatan. Ketika negara sedang menuju ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi, inovasi teknologi melalui penggunaan R&D di dalam industri juga menjadi lebih penting.

Sabah amat cenderung untuk memanfaatkan kepelbagaian hayatnya yang kaya pada masa negeri ini giat membangunkan sektor SNP. Oleh itu terdapat keperluan untuk menerokai lebih lanjut mekanisme untuk usahasamsa dan pengkomersilan hasil penemuan penyelidikan serta pembangunan SNP daripada organisasi penyelidikan (akademia dan institusi penyelidikan) kepada sektor swasta.

Kerajaan Negeri sedang berusaha untuk melibatkan diri dalam gabungan penyelidikan-industri ini melalui pembangunan Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP). Secara ringkas, kawasan ini merupakan medan ujian kepada pembangunan perindustrian agro melalui persaingan berkelompok yang dipandu oleh pengetahuan, inovasi teknologi dan penyelidikan serta komunikasi dan teknologi maklumat. Satu daripada fokus utama pembangunan SNP ialah ubat-ubatan herba dan tradisional, kosmetik dan alat dandanan diri serta produk farmaseutikel yang meliputi aspek hiliran dan huluan.

Pada 24 April 2001, Marditech Corporation Sdn. Bhd., IDS dan Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana Sabah (IPKS) telah menganjurkan bersama satu seminar dua-hari mengenai Sumber Kepelbagaian Hayat Merujuk kepada Produk Asli Istimewa: Prospek untuk menggunakan hasil penemuan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Sabah.

Objektif seminar ini adalah untuk:

a. memaklumkan tentang aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dibuat ke atas produk asli istimewa di Malaysia dan skop bagi pengkomersilan;

b. mengaitkan badan-badan penyelidikan dengan industri untuk meninjau prospek mengkomersilkan hasil penemuan penyelidikan dan Pembangunan (R&D);

c. mempelajari dan mendapatkan manfaat daripada pengalaman sektor swasta dalam usahasama mereka dengan organisasi penyelidikan dalam mengkomersilkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan; dan

d. menyebarkan maklumat mengenai jenis-jenis bantuan kewangan dan teknologi yang ada bagi sektor swasta di dalam proses pengkomersilan.

Menteri Kewangan, Datuk Musa Haji Aman telah menyampaikan ucaptama pada upacara perasmian seminar tersebut. Dalam ucapannya, menteri itu berkata Kerajaan Negeri melalui Dasar Pertanian Negeri ke-2 (1999-2010) mengiktiraf tentang kekayaan sumber semulajadi Sabah yang belum diterokai dan menekankan perlunya untuk membangunkan dan mengeksploitasi potensi sektor SNP. "Ini memerlukan penumpuan yang lebih terhadap aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta lain-lain perkhidmatan sokongan," tambah beliau.

Beliau berkata beberapa organisasi telah pun menjalankan program-program untuk menyelaraskan pembangunan sektor SNP, sementara Kerajaan Persekutuan telah memperkenalkan pelbagai skim teknikal dan kewangan. Memandangkan ini, Datuk Musa Aman menambah peluang-peluang untuk menceburkan diri dalam industri berasaskan SNP masih terbuka luas dan sektor swasta perlu tahu tentang perkara ini.

Seramai 100 peserta terdiri dari pegawai-pegawai organisasi kerajaan yang berkaitan dengan SNP, akademia, institusi R&D dan kewangan, usahawan dan pelabur berpotensi hadir pada seminar itu.

Peserta seminar telah diterangkan secara menyeluruh tentang aktiviti penyelidikan dan pembangunan SNP di Malaysia dan teknologi yang ada untuk tujuan pengeluaran dan pemprosesan. Tumpuan telah diberikan kepada beberapa perkongsian pintar di dalam penyelidikan dan pembangunan kepelbagaian hayat. Banyak maklumat telah diterangkan mengenai pelbagai bantuan teknikal dan kewangan oleh Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC), Marditech Corporation Sdn. Bhd. dan Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia (SMIDEC) di dalam proses pengkomersilan SNP.

Satu daripada kertas kerja seminar telah membincangkan tentang aspek pemasaran produk herba sementara dua penceramah berkongsi pengalaman dengan syarikat mereka masing-masing dalam mendapatkan bantuan kewangan dan teknikal serta bagaimana mereka menggunakan wang tersebut dalam membangunkan produk dengan bantuan organisasi penyelidikan.

Peserta seminar juga menyumbang kepada seminar tersebut melalui komen mereka, meminta penjelasan daripada penceramah dan mengajukan pelbagai soalan ketika sesi soal jawab. Isu dan cabaran yang dibangkitkan dan dibincangkan termasuklah kesukaran dalam mendapatkan bahan tanaman yang baik untuk tujuan penanaman, kekurangan teknologi benih, keperluan untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas penanaman komersil dan pembangunan produk serta garis panduan bagi penanaman herba.

Gerai pameran juga telah didirikan oleh Marditech Corporation Sdn. Bhd. dan Konsortium Pasifik Sama Sdn. Bhd. untuk menerangkan kepada peserta seminar tentang pelbagai aktiviti, program dan produk herba mereka.

Adalah diharapkan bahawa seminar tersebut dapat memberi dorongan kepada sektor swasta untuk menghargai nilai yang terdapat pada sumber kepelbagaian hayat di Sabah dan seterusnya meninjau peluang-peluang dan potensi yang luas di dalam industri SNP di Malaysia. Tidak dinafikan usaha mereka memasuki industri tersebut boleh dilengkapkan oleh pelbagai sokongan teknikal dan kewangan dari kerajaan beserta dengan pengetahuan dan kemahiran institusi penyelidikan untuk memastikan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan SNP adalah bermutu tinggi. – Shirley Fung

<back to top>

 

 

3)Forestry and resource management

On 20 February 2001 Institute for Development Studies (Sabah), Malaysian Institute of Economic Research (MIER) and the Queen’s University, Canada jointly organised a half-day workshop on Forestry and Resource Management: Valuing Forest as Forest at a leading hotel in Kota Kinabalu. The workshop was funded by the Canadian International Development Agency (CIDA) and brought together about 60 participants from relevant government agencies, non-governmental organisations, institutions of higher learning, the private sector interested parties and researchers.

The objectives of the workshop were to highlight important questions related to sustainable forest management and to focus attention on practical policy implications for Malaysia.

The workshop was led by Professor Christopher P.A. Bennett. In his presentation, he said that the fundamental challenge of sustainable forest management (SFM) in tropical forest was to change the mindsets of those who extract forest resources.

"The extraction of timbers with proper regulation and enforcement can ensure beneficial outcomes of greater economic efficiency, equity and ecosystem management over large areas (as opposed to only in discrete projects supported by external sources of assistance)," he said.

However, he pointed out that to date the vast array of forestry management rules and regulations had failed to achieve this. "Subsidised natural forest management practices had often fallen far short of intended goals," he added.

"The key issue is how to encourage forest resource managers, be they small-scale community initiatives or corporate concessionaires, to value forest as forest rather than as a means to reap huge profits," he said.

The workshop featured presentations and discussions on some of the important policy challenges of the new millennium. Indonesia was used as an example in the discussions.

Rights of access to forest resources

Prof. Christopher said that based on his research work in Indonesia, the first persistent problem in encouraging sustainable forest management was the uncertainties surrounding rights of access to forest resources. "Forest managers who face uncertainty about the future are not likely to invest in it," he said.

"Without secure rights of access, forest manager will have little interest in investing in a second cut and only concentrate on safeguarding their access to primary forest," he added.

Village roles in forest management

Prof. Christopher also pointed out that local communities should be included in the forest resource management. In the case of Indonesia, he said past policies for community participation in forest management had been unduly restrictive. Village communities are perceived as liabilities (illegal loggers and shifting cultivators), though they are in fact potential key assets in the quest for SFM. "As they are living near the forests, more numerous than outsiders they offer the only realistic means of policing the forests. They stand to lose most from forest degradation and (in collaboration with government) can see the value of accepting responsibility for conserving some forest areas," he said.

Overly-prescriptive regulations

Prof. Christopher explained that the present system of forest regulation in Indonesia had been largely ineffective while incurring high costs and inviting corruption. "In the case of natural production forests, the present regulatory framework for natural resource management is based upon highly prescriptive interventions and the regulations of inputs, (e.g. equipment inventories, personnel, financial structure), none of which conveys adequate information about the actual impact of logging," he said. Simpler and more useful regulations could be developed which focus less on pre-logging, but more on post-logging outcomes, e.g. indications of actual recovery of the forest stand after logging, he added.

Undervaluation of forest resources

Prof. Christopher said the introduction of a wide range of trade and investment policies had resulted in the under-valuation of forest resources. These policies became barriers to a competitive domestic log market and reducing demand, for example, restrictive industry licensing and log export restrictions, he said. "Some options for policy reform include removing non-tariff barriers and reducing export taxes; abolition of mandatory transport licensing; complete deregulation of tree cultivation, domestic and export trade of trees planted by smallholders on their own land and deregulation of forest management units independently certified as sustainable." – Winnie Wong and Jennifer Abd. Hamid

 

Pada 20 Februari 2001, Institut Kajian Pembangunan (Sabah), IDS, Institut Kajian Ekonomi Malaysia, MIER dan Queen’s University dari Kanada, telah menganjurkan bersama satu bengkel setengah hari mengenai Perhutanan dan Pengurusan Sumber: Menilai hutan sebagai hutan di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Bengkel tersebut telah dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada(CIDA) dan dihadiri oleh seramai 60 peserta terdiri dari agensi kerajaan berkenaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), institusi pendidikan tinggi, sektor swasta, penyelidik dan pihak-pihak yang berminat.

Objektif bengkel ini adalah untuk menjelaskan persoalan penting berkaitan dengan pengurusan hutan mapan (SFM) dan untuk memberi tumpuan kepada implikasi dasar yang praktikal kepada Malaysia.

Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Profesor Christopher P.A. Bennett. Di dalam ceramahnya beliau berkata cabaran asas pengurusan hutan mapan (SFM) di kawasan hutan tropika ialah untuk mengubah minda mereka yang menggunakan sumber hutan.

"Pengambilan kayu berpandukan peraturan dan penguatkuasaan yang betul memastikan banyak manfaat diperolehi dari segi kecekapan ekonomi, kesaksamaan dan pengurusan eko sistem di kawasan yang luas (berbanding dengan hanya melakukan projek secara berasingan dengan bantuan dari luar)," kata beliau.

Walau bagaimanapun beliau menerangkan bahawa hingga kini pelbagai undang-undang dan peraturan pengurusan perhutanan gagal mencapai hasrat ini. Amalan pengurusan hutan semulajadi yang dibantu selalunya tidak berhasil mencapai sasaran yang diinginkan.

"Isu utama di sini ialah mengenalpasti langkah menggalakkan pengurus sumber hutan, samada ianya datangnya dari inisiatif komuniti yang kecil atau konsesi korporat, untuk menghargai hutan sebagai hutan dan bukannya sebagai sesuatu yang memberi keuntungan," kata beliau. Bengkel tersebut telah menerangkan dan membincangkan beberapa cabaran dasar terpenting di alaf baru. Topik perbincangan telah menjadikan Indonesia sebagai contoh.

Pengwujudan hak untuk mengakses sumber hutan

Menurut Profesor Christopher, berdasarkan kajian beliau di Indonesia, masalah utama yang sering timbul dalam menggalakkan pengurusan hutan mapan ialah ketidakpastian mengenai hak untuk mengakses sumber hutan. "Pengurus hutan yang tidak pasti mengenai masa depan tidak mungkin mahu melabur dalam hal ini," kata beliau.

"Tanpa mendapatkan hak untuk mengakses, pengurus hutan kurang berminat untuk melabur dalam penebangan kali kedua dan dengan demikian mereka hanya menjaga kepentingan mereka untuk mendapatkan akses kepada hutan utama," tambah beliau.

Peranan kampung dalam pengurusan hutan

 

Profesor Christopher juga menerangkan bahawa masyarakat setempat harus dilibatkan dalam pengurusan sumber hutan. Dalam kes Indonesia, beliau berkata dasar-dasar terdahulu mengenai penglibatan masyarakat dalam pengurusan hutan adalah terhad. Masyarakat dianggap sebagai satu beban (pembalak haram dan petani berpindah-randah), walaupun mereka sebenarnya merupakan aset utama yang berpotensi dalam usaha mencapai pengurusan hutan mapan (SFM). "Oleh sebab mereka menduduki kawasan berdekatan dengan hutan, maka merekalah satu-satunya yang dapat mengawasi hutan secara realistik. Mereka juga yang megalami kerugian besar akibat terjejasnya hutan dan (dalam usahasama dengan kerajaan) mereka dapat menilai dan menerima tanggungjawab memulihara hutan," kata beliau.

Pengawalan yang terlalu preskriptif

Profesor Bennett menerangkan bahawa sistem pengawalan hutan di Indonesia yang ada sekarang kurang berkesan serta melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan mudah terdedah kepada rasuah. "Dalam kes keluaran sumber semulajadi hutan, rangka kerja pengawalan bagi pengurusan sumber semulajadi yang wujud sekarang banyak bergantung kepada campurtangan secara preskriptif dan input pengawalan (contoh, kelengkapan inventori, kakitangan dan struktur kewangan), di mana kesemuanya gagal memberikan maklumat impak sebenar aktiviti pembalakan," kata beliau. Pengawalan yang ringkas dan berkesan boleh diwujudkan bagi membolehkan lebih penumpuan terhadap kesan selepas pembalakan dan bukan sebelum aktiviti pembalakan dijalankan, tambah beliau.

Penyusutan nilai sumber hutan

Profesor Christopher berkata pelaksanaan beberapa dasar perdagangan dan pelaburan telah menyebabkan susutnya nilai sumber hutan. Dasar-dasar ini membentuk satu sekatan kepada persaingan dalam pasaran kayu balak tempatan dan mengurangkan permintaan, contohnya, dengan menghadkan pelesenan industri dan eksport balak, kata beliau. "Antara beberapa dasar altenatif termasuklah membatalkan sekatan bukan berbentuk tarif dan mengurangkan cukai eksport; pemansuhan lesen pengangkutan wajib; menghentikan sepenuhnya pengawalan ke atas tanaman kayu, penjualan kayu yang ditanam oleh pekebun kecil di tanah mereka sendiri ke pasaran domestik dan untuk dieksport, dan mengurangkan kawalan dan peraturan unit pengurusan hutan yang disahkan mapan." – Winnie Wong dan Jennifer Abd. Hamid

<back to top>

 

4) Modern tax and trade policies in a global economy

On 5 February 2001, Institute for Development Studies (Sabah), Malaysia Institute of Economic Research (MIER) and Queen’s University, Canada jointly organised a half-day seminar on Modern Tax and Trade Policies in a Global Economy at a leading hotel in Kota Kinabalu. The seminar was funded by the Canadian International Development Agency (CIDA) and brought together 80 participants consisting of civil servants, representative from non-government organisations, institution of higher learning and the private sector. The seminar was conducted by two Canadian experts: Dr. Robin Boadway, Sir Peacock Professor of Economics at the Queen’s University, Canada and Dr. Frank Flatters, Professor of Economics and Director at the John Deutsch International, Queen’s University, Canada.

The objectives of the seminar were to highlight important aspects of current tax and trade policy trends, and also to focus attention on practical policy implications for governance in Malaysia.

Dr. Robin in his paper entitled "National Tax Policy in an International Economy" pointed out that the level of generality in taxation principles and practices should guide the design of national tax policies in today’s globalized economy. He said existing conditions of competitiveness made it mandatory for a country that wished to participate fully in the international economy to adopt tax policies that are conducive to productivity growth, innovation and fulfilling the nation’s true comparative advantage. This, he said, would imply not only a need to remove taxation from the list of factors that influenced economic activity, but also by making the policy environment friendly for investment, entrepreneurship and risk-taking. "All three are key determinants of the rate of productivity growth and growth in per capita incomes, and are therefore indispensable for developing the ability of an economy and its government to provide a decent standard of living for all citizens."

Dr. Robin said that while it was difficult for governments to choose the most suitable tax system, it was possible to design the tax system to encourage investment and individual entrepreneurial initiatives. Among the strategies mentioned by Dr. Robin were (i) to base income on consumption, (ii) to reform the business tax system so that all business activities are put on a level playing field, and (iii) to ensure that the business tax system reinforce rather than discourage the incentive to invest and innovate.

Dr. Frank Flatters in his paper entitled Modern Trade Policies for the Global Economy pointed out that research on recent effects of globalisation showed that liberal trade and investment policies accompanied by prudent macroeconomic policies were among elements which determined the success of countries in achieving their development goals in the global economy. "The development of appropriate institutional and legal frameworks, and productive investments in human, physical and natural capital is also crucial to participating in and maximising the benefits from the global economy," he added. Dr. Frank said there was a great danger in believing that trade globalization and liberalization would pose a threat to the sovereignty of a country. He said that Malaysia provided an excellent model of how a country can benefit from globalization. According to him, for its relatively small size, Malaysia had received a remarkable amount of attention on the world stage as a model of appropriate policy responses to globalization.

However, Dr. Frank remarked that not all countries had fared equally well during the period of globalization in the last several decades of the twentieth century. "Nor have all groups of people in any given country shared the same experiences arising from globalization," he added. According to him, domestic polices play a key role in determining whether countries benefit or suffer from the forces of globalization. "Therefore the effects of globalization in any particular country depend primarily on domestic policy choices made in that country."

Dr. Frank also said that to benefit from international trade and investment, countries should not distort production, consumption and investment incentives by utilizing non-tariff barriers to international trade. "Import tariff structures should be stable and not be subject to influence due to the special pleadings of vested interests," he said. He also said that trade liberalization agreements with other countries could help secure preferential access to the partners’ markets where each member agrees to provide such access to its market in exchange for reciprocal measures on the part of its partners.

In conclusion, Dr. Frank said Malaysia was one success story of a country that practises good tax and policy design in facing challenges of globalization.– Jennifer Abd. Hamid

 

Pada 5 Februari 2001 Institut Kajian Pembangunan Sabah bersama-sama dengan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) serta Queen’s Univerisity, Kanada telah menganjurkan seminar selama setengah hari di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Seminar tersebut telah dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA) dan telah mengumpulkan 80 peserta yang terdiri dari penjawat awam, wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, wakil dari institusi pengajian tinggi dan sektor swasta. Seminar selama setengah hari telah dikendalikan oleh dua pakar dari Kanada; Dr. Robin Boadway, Sir Peacock Profesor Ekonomi dan Dr. Frank Flatters, Profesor Ekonomi dan Pengarah di John Deutsch International, Queen's University, Kanada.

Objektif seminar ini adalah menumpukan kepada persoalan penting mengenai percukaian pada masa kini serta trend dasar perdagangan dan juga memberi fokus tentang implikasi dasar praktikal terhadap pentadbiran di Malaysia.

Dr. Robin dalam kertas kerjanya bertajuk "Dasar Percukaian Nasional dalam Ekonomi Antarabangsa" menerangkan tentang tahap umum prinsipal-prinsipal dan yang dipraktikan sebagai pemandu dalam membentuk dasar percukaian nasional dalam ekonomi globalisasi hari ini. Beliau berkata persaingan yang wujud masa kini menjadikannya mandatori bagi sesebuah negara yang mahu mengambil bahagian sepenuhnya dalam ekonomi antarabangsa menggunakan dasar percukaian yang kondusif untuk meggalakkan pertumbuhan produktiviti, inovasi dan memenuhi kelebihan komparatif sebenar negara berkenaan. Ini kata beliau bukan bererti dengan hanya melupuskan percukaian dari senarai faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti ekonomi, tetapi juga dengan membuatkan polisi itu menjadi mesra persekitaran, berunsur pelaburan, keusahawanan dan berisiko. "Ketiga-tiga elemen ini adalah kunci utama yang menentukan kadar produktiviti pertumbuhan dan pertumbuhan pendapatan per kapita, dan dengan itu tidak dapat dipisahkan bagi membangunkan kebolehan sesebuah ekonomi dan kerajaannya untuk menyediakan taraf kehidupan yang baik kepada kesemua rakyat. Dr. Robin berkata meskipun sukar bagi kerajaan untuk memilih sistem percukaian yang paling sesuai, tetapi tidak mustahil bagi sistem percukaian dibentuk bagi menggalakkan pelaburan dan inisiatif keusahawanan individu. Di antara strategi yang disebut oleh Dr. Robin ialah (i) untuk menggunakan pendapatan ke atas penggunaan sebagai asas, (ii) untuk mengubahsuai sistem percukaian perdagangan supaya semua aktiviti perdagangan berada pada tahap yang sama dan (iii) untuk memastikan sistem percukaian perdagangan diperkukuhkan dan bukannya menjejaskan galakkan insentif untuk melabur dan inovasi.

Dr. Frank Flatters dalam kertas kerjanya bertajuk "Dasar Perdagangan Moden untuk Ekonomi Global" telah menjelaskan bahawa kajian yang dijalankan ke atas kesan globalisasi baru-baru ini menunjukkan perdagangan liberal dan dasar pelaburan beserta dengan dasar makro-ekonomi yang berkesan merupakan elemen yang menentukan kejayaan negara-negara bagi mencapai sasaran pembangunan mereka di dalam ekonomi global. "Pembangunan institusi dan rangka kerja perundangan yang sesuai, dan pelaburan dalam tenaga kerja yang produktif, bermodalkan fizikal dan semulajadi adalah mustahak untuk terlibat serta memaksimumkan manfaat daripada ekonomi global," tambah beliau. Dr. Frank berkata adalah merbahaya sekiranya beranggapan bahawa globalisasi dan liberalisasi perdagangan akan mengancam kedaulatan sesebuah negara. Beliau berkata Malaysia adalah contoh yang baik bagaimana sebuah negara mendapat manfaat daripada globalisasi. Menurutnya, bagi sebuah negara yang secara relatifnya kecil, Malaysia telah mendapat perhatian seluruh dunia sebagai negara model yang dapat menggunakan dasar sesuai dalam menghadapi globalisasi. Bagaimana pun tidak semua negara bernasib baik dalam merempuh globalisasi di beberapa dekad dalam kurun kedua puluh ini. "Demikian juga bukan semua kumpulan rakyat di sesebuah negara mengalami pengalaman yang sama akibat daripada globalisasi," tambah beliau. Menurut beliau dasar domestik memainkan peranan penting dalam menentukan samada negara mendapat faedah atau menerima kesan buruk dari aliran globalisasi. "Dengan itu kesan globalisasi di sesebuah negara tertakluk pertamanya kepada dasar domestik yang dipilih oleh negara berkenaan."

Menurut Dr. Frank, untuk mendapat faedah dari pelaburan dan perdagangan antarabangsa, sesebuah negara tidak seharusnya mengurangkan pengeluaran, penggunaan dan pelaburan dengan menggunakan sepenuhnya sekatan bukan berasaskan tarif terhadap perdagangan antarabangsa. "Tarif import perlulah stabil dan tidak tertakluk kepada pengaruh disebabkan oleh rayuan istemewa oleh pihak yang berkepentingan," kata beliau. Beliau seterusnya menerangkan bahawa perjanjian liberalisasi perdagangan dengan negara-negara lain boleh menjadi landasan mendapatkan akses kepada pasaran rakan yang dikehendaki dimana setiap ahli bersetuju menyediakan akses kepada pasarannya sebagai tukaran kepada langkah-langkah serupa dari pihak rakannya.

Ketika menggulung kertas kerjanya, Dr. Frank menjelaskan bahawa Malaysia merupakan satu contoh negara yang berjaya mengamalkan reka bentuk percukaian dan dasar yang baik di dalam menghadapi cabaran globalisasi. – Jennifer Abd. Hamid

<Back to top>

<Back to main page>

<Home>