Berita IDS

Vol.17 No.1 Jan - April 2003

 

1. Media reinforces foundations of good governance: Musa

2. Towards building a common future with shared values

3. Memposisikan semula Sabah: Langkah dan cabaran

4. Meningkatkan keupayaan kumpulan indigenous Sabah

 

 

1. Media reinforces foundations of good governance: Musa

The Chief Minister of Sabah, Datuk Musa Haji Aman said the media could play its role in reinforcing the foundations of good governance by highlighting improprieties and corrupt practices.

Through such exposure the government can take appropriate action against the perpetrators and also enforce preventive measures, like introducing new legislation, new rules or guidelines, he said at the opening of a seminar entitled Role of the Media in Promoting Good Governance at the Pacific Sutera Hotel in Kota Kinabalu on 30 July 2003.

The one-day seminar, jointly organised by the Institute for Development Studies (Sabah) and the Sabah Journalists Association, was sponsored by the Konrad Adenauer Foundation of Germany.

The Chief Minister said that there were numerous instances when this had happened in Sabah and elsewhere in Malaysia and the state and federal governments had never hesitated to respond positively to complaints raised by the public through the media.

�The government recognises the fact that a free, fair and responsible media is conducive to the existence and practice of good governance,� he said while adding that a responsible media places the public in a better position to understand the decision-making processes, and subsequently provides them with an avenue to channel useful feedback on public issues to the government. �A responsible media also assist in upholding the rule of law, complementing parliament and the courts of law which also work to check abuses of power�.

The Chief Minister cautioned local media practitioners that while it was good to be open-minded and willing to accept positive developments from elsewhere, they should refrain from blindly aping their western counterparts.

Meanwhile, Chairman of IDS, Datuk Haji Masidi Manjun in his welcoming speech said the seminar was among a series on good governance organised by IDS with other organisations in response to the state government�s concern to promote good governance.

Five papers were presented at the seminar. The first paper entitled Good Governance and the Role of the Media was presented by Datuk Mohd. Fauzi Patel, a former Press Secretary to the Sabah Chief Minister. He was of the view that the media has performed well in discharging their primary duty as a public watchdog despite having to face many challenges such as financial constraints, manpower shortage and a growing intolerance to criticism shown sometimes by certain quarters.

Paper 2  entitled Media Laws: An Overview was presented by Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi, Senior Professor of Law and Legal Adviser to Universiti Teknologi MARA. He said although the Constitution provides safeguard for free speech, it also permits Parliament to impose restrictions on this freedom on various specified and permissible grounds such as security of the federation, public order and morality.

Paper 3 on Mass Media and good governance was presented by Prof. Dato� Mohd. Hamdan Adnan, Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam). He said the media frequently �reminds us what should and should not be important to us socially, culturally, educationally, politically and economically.�  This agenda setting function of the media should be utilised effectively to cultivate a culture of good governance and public consultation as to give meaning to the participation of the people in a democracy, he said.                           

Paper 4 entitled The Malaysian Media: Current Status and Perspective was presented by Dato� Kalimullah Hassan Chairman Malaysian National News Agency (Bernama). He said the media in Malaysia has to continue playing the role of watchdog for the society it serves, and ensuring that the social fabric of a multiracial Malaysian society in which the respect for each other�s cultures, values and religions will continue to be strengthened.

Paper 5 entitled Role of the Media as an Agent of Change and its Contribution Towards an Information Rich Society was presented by Datuk Dr. Maximus Ongkili, Science and Technology Advisor to the Sabah Chief Minister. He said media owners can play a role to encourage reading habit among rural children by giving away free copies of newspapers or selling them at a discounted price. This will also increase the flow of information and enable the rural folk to keep abreast of news and developments in the state and also globally, he said.

 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman berkata media boleh memainkan peranannya dalam memastikan asas urus tadbir yang baik diamalkan dengan mendedahkan amalan-amalan yang salah dan rasuah.

Melalui pendedahan ini kerajaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang melanggar peraturan dan juga mengambil langkah bagi mengelakkan kejadian tersebut seperti memperkenalkan undang-undang baru, peraturan baru atau garis panduan, kata beliau ketika merasmikan seminar mengenai Peranan Media dalam Mempromosikan Urus Tadbir Yang Baik di Pacific Sutera Hotel di Kota Kinabalu pada 30 Julai 2003.

Seminar sehari ini telah dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (Sabah) dan Persatuan Wartawan Sabah serta telah  dibiayai oleh Yayasan Konrad Adenauer, Jerman.

Ketua Menteri berkata terdapat beberapa kejadian yang telah berlaku di Sabah dan di tempat-tempat lain di Malaysia di mana kerajaan negeri serta persekutuan telah tidak teragak-agak dalam mengambil tindakan atas aduan yang telah dibangkitkan oleh orang ramai melalui media.

�Kerajaan sedar media yang bebas, adil dan bertanggungjawab adalah perlu bagi memastikan kewujudan dan amalan urus tadbir yang baik,� tambah beliau sambil berkata media yang bertanggungjawab akan memastikan orang ramai memahami dengan lebih baik mengenai proses membuat keputusan, dan seterusnya menye-diakan landasan bagi mereka menyalurkan maklumbalas isu-isu awam kepada kerajaan. �Media yang bertanggung jawab juga membantu dalam memastikan undang-undang dilaksanakan, menjadi pelengkap kepada parlimen dan mahkamah undang-undang yang juga berfungsi memastikan tidak berlaku salah guna kuasa�.

Ketua Menteri mengingatkan para pelaku media tempatan walaupun ianya baik untuk mempunyai minda yang terbuka untuk menerima pembangunan positif dari tempat-tempat lain, mereka tidak seharusnya secara membabi buta terikut-ikut rakan-rakan mereka dari barat.

Sementara itu, Pengerusi IDS, Datuk Haji Masidi Manjun dalam ucapan alu-aluan beliau berkata seminar ini adalah antara beberapa siri urus tadbir yang baik yang dianjurkan oleh IDS dengan organisasi lain sebagai tindak balas terhadap usaha  kerajaan negeri mempromosikan urus tadbir yang baik.

Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan di seminar berkenaan. Kertas kerja pertama bertajuk Urus Tadbir Yang Baik dan Peranan Media telah dibentangkan oleh Datuk Mohd. Fauzi Patel, Bekas Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Sabah. Beliau berpendapat media telah menjalankan peranannya dengan baik ketika melaksanakan tugas utama mereka sebagai badan pemerhati bagi orang awam walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran seperti kekangan kewangan, kekurangan kakitangan dan kritikan berbisa yang diutarakan oleh sesetengah pihak.

Kertas 2 bertajuk Undang-Undang Media: Pandangan Menyeluruh disampaikan oleh Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi, Profesor Kanan Undang-Undang dan Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA. Beliau berkata walaupun perlembagaan memberi peruntukan untuk kebebasan bersuara, ia juga membenarkan parlimen menyekat kebebasan ini atas pelbagai perkara yang disebutkan dan dibenarkan seperti keselamatan persekutuan, kententeraman awam dan berkenaan moral.

Kertas 3 mengenai Media Masa dan Urus Tadbir Yang Baik telah dibentangkan oleh Prof. Dato� Mohd. Hamdan Adnan, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Beliau berkata media selalunya �mengingatkan kita apa yang sepatutnya penting dan tidak penting kepada kita secara sosial, budaya, pendidikan, politik dan ekonomi.� Agenda fungsi media ini perlu digunakan sepenuhnya untuk menanamkan budaya urus tadbir yang baik dan perbincangan awam untuk memberi kesan terhadap penyertaan orang ramai dalam proses demokrasi, kata beliau.

Kertas 4 bertajuk Media Malaysia: Perspektif dan Status Mutakhir telah dibentangkan oleh Dato�Kalimullah Hassan Pengerusi Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama). Beliau berkata media di Malaysia perlu memainkan peranan sebagai permerhati untuk masyarakat mereka, dan memastikan struktur masyarakat berbilang kaum di Malaysia dari sudut budaya, nilai-nilai murni dan ugama terus teguh.

Kertas 5 bertajuk Peranan Media Sebagai Agen Perubahan dan Sumbangannya Terhadap Masyarakat Kaya Maklumat telah dibentangkan oleh Datuk Dr. Maximus Ongkili, Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah. Beliau berkata pemunya media boleh memainkan peranan untuk menggalakkan tabiat membaca di kalangan kanak-kanak luar bandar dengan mengedarkan surat khabar kepada mereka secara percuma atau menjualkannya pada harga yang rendah. Ini juga akan meningkatkan aliran maklumat dan membolehkan masyarakat luar bandar mendapatkan maklumat pembangunan terkini bagi negeri Sabah dan juga global  kata beliau.

<back to top...>

 

2. Towards building a common future with shared values

There is a need for greater understanding between people of various religions, cultures, races, ideologies, and persuasions in order to forge a common future with shared values.

None is perhaps more important than forging better understanding between certain Muslim and Christian groups who are mired in misunderstanding which has been made worse by the September 11 incident and the ongoing conflagrations in the Middle East.

With the unpredictable situations, there is a possible danger that the undercurrents of intolerance, mistrust, misunderstanding, and stereotyping could threaten the fragile relationship among the two major world communities.

It was also unfortunate that the world is witnessing the emergence religious fanaticism and obscurantism, sectarian violence, tribalism, ethnic strifes and other social disturbances in some parts of the world. Needless to say, this is a time for a much needed soul searching on the very basic foundation of inter-civilizational understanding based on common and shared values among people of different backgrounds. 

The end of the Cold War era has ushered in a whole new possibility for peaceful co-existence for mankind. With the fall of communism, coupled with the so-called �triumphant victory of liberal democracy� in the West, open confrontations and ideological conflicts appeared to have taken a back seat and, hence, would have engendered a more conducive atmosphere for greater understanding and tolerance between the East and the West.

As we enter the new millennium with much hope and trepidation, it is absolutely imperative that mankind downplay the threats of �clash of civilizations� occurring along cultural fault lines, and focus more on building bridges of civilizations based on a common future with shared values. We must also draw lessons from what happened in the Middle East, the Balkans, Iraq, as well as other conflict-ridden regions of the world.

Against such a scenario, a one and a half-day dialogue entitled Inter-Civilizational Dialogue: Towards A Common Future With Shared Values was organized by the Institute for Development Studies (Sabah) on 15-16 July 2003 at Shangri-La�s Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu. The dialogue was sponsored by Konrad Adenauer Foundation of Germany.

More than 90 participants comprising scholars on culture and comparative religions, sociologists, linguists, journalists, politicians, community leaders, heads of religious denominations, NGOs, government officials, community members, parents, and teachers took part in the dialogue.

The dialogue was organized as a positive contribution to global inter-civilizational dialogues for continued mutual respect and peaceful co-existence among peoples of different backgrounds. It is also as an avenue for sincere and serious attempts to overcome biases and prejudices of the past.

Specifically the main objective of the dialogue is to promote a better understanding on shared values among local communities to ensure mutual respect, build greater trust, as well as establish cross-cultural relationships for building a common future.

In his keynote address at the dialogue, Deputy Chief Minister and Minister of Resource Development and Information Technology, Datuk Tham Nyip Shen said that the people must learn to respect and learn from each other�s culture and religion to ensure that unity prevails, adding that good rapport between them must be strengthened regardless of race and religion.

�Sabah is unique in that we have so many indigenous groups apart from the Malay, Chinese and the Indian communities, and intermarriages are common,� he noted. He mentioned that when different civilizations met and settled down in one place, they would definitely form a colourful society, alluding that Malaysia is rich in colourful civilizations.

Datuk Tham also mentioned the rise and fall of past civilizations, saying that when cultural and moral decay set in, while being unable to cater for their own needs (like food and water) to survive, civilizations were threatened with collapse. The collapse could also be due to natural and man-made disasters, and �each civilization must therefore address and cater for its own needs to ensure survival,� he said.

The Deputy Chief Minister also said that to ensure a better future for mankind, education plays a key role in instilling good and positive values so that people may appreciate each other. He said terrorism is a symptom of mankind�s problem that needs to be addressed.

In his welcome address, Executive Director of IDS, Dr. Mohd. Yaakub Hj. Johari said that the dialogue was organized to help foster inter-civilizational understanding in this part of the world. �As a research institution playing an advocacy role on various issues, it is our sincere hope that words of peace and understanding are demonstrated in daily practice as a living proof of our social cohesion in the face of challenging external environment that may bring chaos to our multicultural society.�

In the context of multiculturalism, he said that �Germany and Malaysia have many things in common, one of which is a multi-cultural and multi-religious society and a diversity of people who have settled in each country over several generations. Germany�s population which consists of the old and new migrant-entrants of various countries of origins, religions and cultures share close resemblance to Malaysia�s multi-religious and multi-ethnic society that has evolved over several decades.�

He added that both countries have benefited or are discovering the true benefits of multiculturalism, while trying to manage successfully the complexities and challenging realities of an evolving multicultural society in the modern world.

He thanked the Konrad Adenauer Foundation (KAF) for consistently supporting IDS seminars in the past several years, and expressed gratitude to Mr. Peter Schier, the KAF�s Representative to Malaysia for being instrumental and a strong advocate of inter-civilizational understanding, and for his valuable inputs and suggestions for the dialogue.

In his remarks, Mr. Schier said the Foundation was keen to bring together people of various faiths to have permanent dialogues, focusing on common values and ethical standards.

Stressing that different people among mankind have more commonalities than differences �we should not concentrate on talking about our differences but talk more about our commonalities.� He said that 80 per cent of core principles among mankind are common values, while only 20 per cent are differences.

Mr. Schier also talked about the need for global cooperation to tackle poverty, disease, ignorance, while advocating the role of parents as role models for the new generations. This role also goes to kindergartens, schools, ministries, etc. to inculcate good values in society.

Eight working papers were presented during the dialogue. These include:

�           Understanding the Discourse on Inter-civilizational Dialogue: Issues and Challenges by Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Director, Centre for Civilisational Dialogue University of Malaya;

�           �Civilization� and the Dialogue Between Islam and the West: Understanding the Growth of Misunderstanding  by Prof. Dr. Karim D. Crow, Professor of Islamic Thought and Philosophy, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Kuala Lumpur;

�           Promoting Religious Understanding in Malaysia: The Experience of the Malaysian Interfaith Network (MIN) by Sharifah Zuriah Aljeffri, Board Member MIN and Dr. John Gurusamy, Coordinator, MIN, Kuala Lumpur;

�           Christian Perspectives on Religious Pluralism, Inter-cultural Tolerance and Understanding by Rev. Bishop Datuk John Lee, Catholic Diocesan Centre, Kota Kinabalu; and

�           Buddhist Perspectives on Multi-cultural Co-existence by Encik Tsen Nyuk Vun, Chairman, The KK Buddhist Che Sze Lim.

The second day of the dialogue was a panel discussion session which deliberated on the theme, Building a Common Future Through Shared Values. The session was chaired by Prof. Dr. Qasim Ahmad from the School of Social Sciences, Universiti Malaysia Sabah.

The seven panelists were Ustaz Hj. Saiffuddin bin Haji Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah; Panchido Gangkai, Representative, Seventh-Day Adventist Likas; Archbishop Datuk Yong Ping Chung, Anglican Diocese of Sabah, Kota Kinabalu; Dr. Wilfred John Samuel, Lecturer, Sabah Theological Seminary; Encik Darshan Singh, Representative, Kinabalu Singh Sabha Gurdawara Sahib; and Gunther Conradi, a  political analyst and science writer.

Several participants met at the dialogue agreed with the urgency and timing of the dialogue, saying that it offered them an opportunity to express their views about issues in which various people are confronted with, particularly terrorism and misunderstanding created by it.

In a nutshell, this dialogue has brought forth the urgency for all faiths and their adherents to work together for the common good of mankind in order to build lasting peace. � Ramlan Goddos

P enganut dari ugama yang berlainan budaya, bangsa, ideologi dan  pengaruh perlu  untuk lebih saling memahami  untuk mewujudkan satu masa depan berdasar- kan nilai-nilai yang dikongsi bersama.

Apa yang lebih penting ialah mewujudkan kefahaman yang lebih baik di antara sesetengah kumpulan Islam dan Kristian yang tergugat kerana salah faham yang menjadi bertambah buruk sejak insiden 11 September dan pergolakan yang berterusan di Timur Tengah.

Dalam keadaan yang tidak menentu ini, ada kemungkinan bahaya sikap tidak bertoleransi, buruk sangka, salah faham dan stereotaip boleh mengancam hubungan yang rapuh di antara kedua-dua komuniti utama dunia ini.

Adalah juga malang bahawa dunia masih menyaksikan kemun-culan kefanatikan dan ketaksuban beragama, keganasan kaum perasaan, berpuak-puak, persengketaan etnik dan gangguan sosial yang lain di sesetengah tempat di dunia ini. Inilah masanya untuk menyelam secara mendalam mengenai asas kefahaman antara-budaya berasaskan nilai-nilai sepunya dan dikongsi bersama di kalangan manusia yang berbeza latar belakang.

Tamatnya Perang Dingin telah membuka kemungkinan wujudnya suasana damai untuk manusia sejagat. Dengan jatuhnya fahaman komunis, bersama dengan apa yang dikenali sebagai kemenangan demokrasi liberal di Barat, konfrantasi dan konflik ideologi secara terbuka telah surut, dan dengan demikian mewujudkan keadaan yang lebih kondusif untuk memupuk kefahaman dan toleransi antara Timur dan Barat.

Ketika kita melangkah ke alaf baru dengan harapan dan kebimbangan, adalah penting bagi manusia agar meredakan konflik antara tamadun yang berlaku di sepanjang retakan budaya, dan memberi tumpuan terhadap pembinaan masa hadapan berasaskan nilai-nilai murni. Kita perlu juga belajar dari apa yang berlaku di Timur Tengah, di Balkan, Iraq serta rantau-rantau yang dilanda konflik di dunia ini.

Berlandaskan senario ini, dialog selama satu setengah hari bertajuk Dialog Antara Budaya: Ke Arah Membina Masa Hadapan Dengan Nilai-Nilai Yang Dikongsi Bersama telah dianjurkan oleh Institut Kajian Pembangunan (Sabah) pada 15-16 Julai 2003 di Shangri-La�s Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu.

Lebih dari 90 peserta yang terdiri dari cendekiawan budaya dan penganut pelbagai ugama, ahli sosiologi, pakar bahasa, wartawan, ahli-ahli politik, ketua-ketua masyarakat, ahli-ahli masyarakat, ibu-bapa, dan guru-guru telah menyertai dialog ini.

Dialog ini dianjurkan untuk memberi sumbangan positif kepada dialog antara-budaya global agar saling hormat-menghormati dan mewujudkan persefahaman berterusan antara orang ramai dari pelbagai latar belakang. Ia juga sebagai landasan terhadap langkah-langkah serius dan jujur untuk mengatasi sikap berat sebelah dan prejudis masa lalu.

Secara khasnya objektif utama dialog ini ialah mempromosikan pemahaman yang lebih baik mengenai nilai-nilai yang dikongsi bersama di kalangan masyarakat tempatan untuk memastikan perasaan saling hormat menghormati, mempercayai antara satu sama lain, serta mewujudkan hubungan antara budaya bagi membina masa depan bersama.

Dalam ucaptamanya di dialog berkenaan, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, Datuk Tham Nyip Shen berkata orang ramai perlu belajar menghormati antara satu sama lain dan belajar dari sesama mereka tentang budaya dan ugama masing-masing bagi memastikan mereka bersatu, sambil menambah hubungan yang baik antara mereka perlu diperkukuhkan tanpa mengira bangsa dan ugama.

�Sabah adalah unik memandangkan kita mempunyai pelbagai penduduk asli, selain dari masyarakat Melayu, Cina dan India, dan perkahwinan campur adalah biasa,� kata beliau. Beliau menerangkan apabila budaya yang berlainan bertembung di sesuatu tempat, ianya pasti akan mewujudkan masyarakat yang menarik, dan berkata Malaysia adalah kaya dengan budaya yang pelbagai.

Datuk Tham juga menyentuh mengenai kewujudan dan kejatuhan tamadun masa lampau dengan berkata sekiranya budaya dan moral mula retak, sementara tamadun itu gagal menyediakan keperluannya sendiri (seperti makanan dan air) untuk hidup, ianya terancam dan mungkin musnah. Kemusnahan ini boleh juga diakibatkan oleh bencana semulajadi atau dibuat oleh manusia dan �oleh itu setiap budaya perlu  menyediakan keperluannya sendiri untuk memastikan kelangsungannya,� kata beliau.

Timbalan Ketua Menteri juga mengatakan untuk memastikan masa depan yang lebih baik bagi manusia sejagat, pendidikan memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai yang baik dan positif supaya orang ramai lebih menghargai sesama mereka. Beliau berkata keganasan adalah simptom masalah manusia yang perlu ditangani.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Pengarah Eksekutif IDS, Dr. Mohd. Yaakub Haji Johari berkata dialog tersebut dianjurkan untuk membantu mengukuhkan kefahaman antara budaya di dunia sebelah sini. �Sebagai institusi penyelidik yang memainkan peranan penyokong dalam pelbagai isu, adalah menjadi harapan kami agar suasana damai dan saling memahami diterjemahkan dalam kehidupan harian masyarakat sebagai bukti perpaduan masyarakat dalam menghadapi suasana luaran begitu mencabar yang boleh mendatangkan huru hara kepada masyarakat kita yang berbilang kaum.�

Dalam konteks kepelbagaian budaya, beliau berkata Jerman dan Malaysia mempunyai banyak persamaan yang mana salah satunya ialah masyarakat pelbagai budaya dan ugama serta kepelbagaian masyarakat yang telah berhijrah dan tinggal di negara masing-masing sejak beberapa generasi. Penduduk Jerman yang terdiri dari pendatang-pendatang baru dan lama dari pelbagai negara, ugama dan budaya mempunyai persamaan dengan Malaysia yang mempunyai masyarakat pelbagai ugama dan bangsa yang telah wujud sejak beberapa dekad yang lalu�.

Beliau berkata kedua-dua negara telah menikmati kebaikan sebenarnya masyarakat yang terdiri dari pelbagai budaya, dan dalam masa yang sama berusaha untuk menangani kompleksiti dan cabaran yang timbul dalam masyarakat pelbagai budaya di dunia moden ini.

Beliau mengucapakan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yayasan Konrad Adeanuer (KAF) atas sokongan Yayasan yang berterusan kepada seminar anjuran IDS sejak beberapa tahun ini, dan berterima kasih kepada Encik Peter Schier, wakil KAF di Malaysia atas kegigihan beliau dalam menerapkan kefahaman antara budaya dan atas sumbangan input yang amat berharga serta cadangan-cadangan beliau dalam menjayakan dialog ini.

Dalam ucapannya, Encik Schier berkata Yayasan Konrad Adenauer berusaha mengajak orang ramai dari pelbagai kepercayaan berdialog berterusan, dengan fokus terhadap nilai-nilai yang dikongsi bersama serta mengenai standard etika.

Menekankan bahawa manusia dari pelbagai latar belakang mempunyai lebih banyak persamaan dari perbezaan, �kita seharusnya tidak memberi tumpuan terhadap perbezaan tetapi perlu lebih banyak menekankan persamaan kita.� Beliau berkata 80 peratus prinsip-prinsip utama di kalangan manusia adalah mengenai nilai yang dikongsi bersama, sementara hanya 20 peratus adalah perbezaan.

Encik Schier juga bercakap mengenai keperluan untuk mewujudkan kerjasama global bagi menangani isu kemiskinan, penyakit, buta huruf dan dalam masa yang sama menggalakkan ibu-bapa memainkan peranan sebagai contoh kepada generasi baru. Ini juga melibatkan peranan taman bimbingan kanak-kanak, sekolah, kementerian, bagi menerapkan nilai-nilai yang baik dalam masyarakat.

 Sejumlah lapan kertas kerja telah dibentangkan di dialog berkenaan. Ini termasuklah:

�           Memahami Wacana Mengenai Dialog Antara Budaya oleh Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah Dialog Pusat Tamadun, Univeristi Malaya;

�           Peradaban dan Dialog Antara Islam dan Barat: Memahami Perkembangan Salah Faham oleh Prof. Dr. Karim D. Crow, Profesor Falsafah dan Pemikiran Islam, Institut Peradaban dan Pemikiran Islam (ISTAC), Kuala Lumpur.

�           Mempromosikan Kefahaman Beragama di Malaysia: Pengalaman Jaringan Pelbagai Agama Malaysia (MIN) oleh Sharifah Zuriah Aljeffri, Ahli Pengarah MIN dan Dr. John Gurusamy, Koordinator, MIN, Kuala Lumpur;

�           Perspektif Kristian Mengenai Pelbagai Ugama, Toleransi Antara Budaya oleh Rev. Bishop Datuk John Lee, Catholic Diocesan Centre, Kota Kinabalu; dan

�           Perspektif Buddha Mengenai Kewujudan Kepelbagaian Budaya oleh Encik Tsen Nyuk Vun, Pengerusi, The KK Buddhist Che Sze Lim.

Hari kedua dialog adalah diskusi panel yang memberi penerangan panjang lebar mengenai tema Membina Masa Hadapan Melalui Nilai Yang Dikongsi Bersama. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Prof. Dr. Qasim Ahmad dari Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah.

Tujuh orang ahli panel ialah Ustaz Hj. Saiffuddin bin Haji Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah; Panchido Gangkai, wakil Seventh-Day Adventist Likas; Archbishop Datuk Yong Ping Chung, Anglican Diocese of Sabah, Kota Kinabalu; Dr. Wilfred John Samuel, Pensyarah, Sabah Theological Seminary; Encik Darshan Singh, wakil, Kinabalu Singh Sabha Gurdawara Sahib; dan Gunther Conradi, penganalisis politik dan penulis sains.

Beberapa orang peserta yang ditemui di dialog berkenaan bersetuju bahawa dialog berkenaan adalah bertepatan dengan masanya dan penting dan ianya memberi peluang kepada mereka menyuarakan pendapat yang dihadapi oleh manusia, terutamanya mengenai keganasan dan salah faham yang timbul.

Pendek kata dialog ini telah menggariskan pentingnya bagi mereka dari pelbagai kepercayaan untuk bekerjasama bagi kebaikan seluruh umat manusia dalam membina masyarakat yang hidup aman damai. � Ramlan Goddos    

<back to top>

 

3. Memposisikan semula Sabah: Langkah dan cabaran

 Petikan ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman yang telah disampaikan sempena syarahan umum yang telah berlangsung di Galeri Canseleri, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 4hb Jun 2003.

Saya merasa sangat terhormat dan berterima kasih kerana telah dijemput untuk memberikan syarahan kepada masyarakat universiti yang memang tersohor ilmunya. Penghormatan ini amat besar maknanya kerana ia adalah titik tolak bermulanya tradisi yang baik, yang menggalakkan kita berkongsi ilmu, bertukar pandangan serta berdebat dengan luhur serta terbuka.

Sesungguhnya universiti adalah tempat terbaik untuk kita terus mengekalkan tradisi keilmuan yang tinggi. Universiti adalah institusi keilmuan yang harus terus kita pelihara kredibiliti dan martabatnya kerana di sinilah citra bangsa dan negara dicorakkan.

Cabaran paling besar yang terpaksa dipikul oleh kepimpinan negeri Sabah ialah memberikan nafas baru kepada proses pembangunan negeri. Kita berhadapan dengan cabaran untuk memastikan pembangunan negeri adalah �holistic�, seimbang serta mampan. Kita harus memastikan Sabah mampu untuk mengurus pembangunannya  dan pada masa yang sama bersedia menghadapi persaingan dalam era liberalisasi.  Kita mahukan Sabah yang makmur ekonominya, maju prasarananya, tinggi kualiti hidup masyarakatnya, terpelihara budaya dan tradisi, mempunyai daya saing serta prihatin terhadap alam sekitar. Kita mahukan pembangunan yang bermoral, yang mampu menjadikan Sabah penyumbang yang berkesan dalam menjadikan Malaysia negara maju.

Kita harus menginsafi bahawa kita agak terkebelakang jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita dalam Persekutuan Malaysia. Kita pernah menjadi sebuah negeri paling pesat pertumbuhan ekonominya di Malaysia suatu masa dahulu tetapi sekarang kita agak ketinggalan. Kita harus berhadapan dengan realiti bahawa pembangunan ekonomi kita masih berada pada tahap yang sukar dan memerlukan pemulihan. Kita harus menerima hakikat bahawa di sebalik pembangunan yang sedang rancak, kadar kemiskinan kita masih lagi �double digit� dan kita mempunyai perjalanan yang jauh.

Kepimpinan negeri Sabah tidak mempunyai pilihan selain menangani masalah ini dengan berhemat dan bijaksana. Kita perlu melakukan �the necessary repositioning exercise�.  Perancangan kita perlu strategik serta menyeluruh. Kita memerlukan �a workable solution� untuk memastikan Sabah dapat terus bersaing dalam pasaran ekonomi yang sangat liberal lagi sengit.

Kita percaya instrumen paling penting dalam kemakmuran sesebuah negeri dan negara ialah sektor ekonomi yang �vibrant�. Sektor ekonomi yang produktif dan responsif adalah faktor paling penting dalam mana-mana usaha pembangunan yang serius dan menjurus kepada kesejahteraan.

Saya percaya �critical success factor� dalam usaha kita menjana pembaharuan ialah kepimpinan politik yang komited. Kita memerlukan �political will� bagi memastikan pembangunan menjadi agenda besar dan penting. Kita perlu memastikan kepimpinan politik di segenap peringkat benar-benar komited menyokong usaha pembangunan. Kita harus menghentikan �politiking� yang remeh dan sia-sia. Kita harus berhenti berpolimik. Kita harus bekerja bukan kerana �political mileage� tetapi kerana kecintaan kita pada perjuangan membangunkan sebuah negara bangsa yang maju, aman dan makmur.

Kita harus senantiasa mengingati diri kita bahawa kita memikul mandat rakyat. Kita bertanggungjawab terhadap rakyat dan kita harus memberikan yang terbaik kepada rakyat. Mereka harus menjadi inspirasi untuk kita bekerja lebih kuat serta bersungguh-sungguh. Oleh itu, semua lapisan kepimpinan negeri harus memikul tanggungjawab ini dan memastikan usaha kita membangunkan Sabah menjadi satu-satunya matlamat kita. Jika kita boleh melakukan ini maka sesungguhnya kita memahami erti sebuah perjuangan.

�Political will� semata-mata tidak memadai. Semangat dan retorik politik semata-mata tidak akan membuahkan hasil. Kita memerlukan strategi. Kita harus merancang, melaksana, memantau serta belajar dan belajar. Kita harus mempunyai dasar yang konsisten, dasar yang mempunyai kesinambungan. Dasar yang konsisten dan �coherent� amat penting untuk kita mengukur pencapaian dan kelemahannya. Kita tidak boleh lagi �ad hoc� dalam perancangan dasar kita. Kita harus memastikan kita mempunyai perancangan jangka masa panjang yang dinilai dari masa ke semasa. Kita tidak ingin meluahkan pemikiran kita hanya dalam bentuk dokumen yang kita panggil dasar. Kita mesti �action oriented�.

Oleh yang demikian, kita mesti menterjemahkan dasar kita melalui pelaksanaan program pembangunan yang agresif. Kita telah mengenalpasti tiga sektor utama ekonomi yang harus menjadi fokus pembangunan kita.

Sabah mempunyai keluasan tanah yang mengagumkan tetapi ia masih tidak berupaya dieksploitasi secara berkesan. Salah satu strategi penting pembangunan Sabah ialah memajukan sektor pertanian. Saya percaya sektor pertanian amat �sustainable� dan perlu diberikan penekanan sewajarnya.

Usaha kita memajukan sektor pertanian bukan hanya bermakna kita harus fokus dengan pembukaan tanah untuk penanaman kelapa sawit semata-mata. Kita percaya Sabah boleh menjadi pusat pengeluaran produk pertanian yang penting kepada negara dan juga keperluan serantau. Namun kita harus memikirkan pendekatan terbaik bagi memajukan sektor ini. Kaedah pertanian tradisional telah menjadi  sejarah.

Kita percaya kita memerlukan �usahawan moden� untuk menjadikan sektor pertanian berdaya saing. Masa untuk kerajaan terus memberikan subsidi sepenuhnya perlu ditafsirkan semula. Kita memerlukan pengusaha pertanian yang menggunakan teknologi tinggi untuk mendahului persaingan. Kita perlu berusaha memikirkan cara terbaik untuk memasarkan produk kita dan menembusi pasaran serantau. Kita memerlukan �profesional farmers� di samping pekebun-pekebun kecil. Kita harus mencontohi golongan petani Eropah yang sangat berpengaruh dan menyumbang secara berkesan terhadap sektor ekonomi.

Di sinilah saya merasakan bahawa Universiti Malaysia Sabah memainkan peranan penting sebagai �research centre� untuk sektor pertanian negeri. Kepakaran yang ada di UMS pasti dapat dimanfaatkan oleh pengamal pertanian di negeri ini.

Sabah juga dianugerahi dengan keindahan alam sekitar yang menakjubkan serta kepelbagaian budaya yang sangat menarik. Sektor pelancongan adalah sektor yang sangat relevan dengan keperluan pertumbuhan ekonomi negara. Sektor pelancongan adalah penyumbang kedua terbesar keluaran negara kasar. Oleh yang demikian, sektor pelancongan juga telah dikenalpasti sebagai �niche area� dalam pembangunan ekonomi Sabah.

Kerajaan negeri akan terus memberi perhatian kepada pembangunan produk pelancongan yang kontemporari. Tumpuan akan terus diberikan kepada usaha menggalakkan �nature tourism� dan usaha promosi lebih hebat perlu dilakukan terutama di pasaran Eropah dan Amerika Utara. Kejayaan industri pelancongan amat bergantung kepada kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh yang demikian usaha untuk melatih tenaga sokongan dan profesional harus digiatkan.

Walau bagaimanapun kita harus sedar bahawa pembangunan sektor pelancongan tidak menawarkan banyak peluang pekerjaan berbanding sektor pertanian dan pembuatan. Tetapi ia adalah sektor yang boleh menyumbang secara berkesan terhadap kemasukan pertukaran asing yang amat penting untuk pertumbuhan ekonomi yang sihat.

Kerajaan Sabah juga akan memberikan penumpuan yang serius dalam menjadikan sektor pembuatan penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah. Sabah perlu belajar dari pengalaman negeri-negeri yang maju seperti Selangor dan Pulau Pinang di mana pembangunan ekonominya berasaskan sektor pembuatan dan perkhidmatan yang kukuh. Infrastruktur seperti pembinaan pelabuhan Sepanggar serta pembangunan �Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP)� adalah prasarana yang disediakan untuk menjayakan hasrat tersebut.

Namun saya percaya bahawa sektor pembuatan yang hanya bergantung kepada upah buruh dan harga tanah yang murah tidak lagi relevan jika kita ingin terus �kompetitif�. Kita tidak lagi boleh menyaingi China dan negara-negara Indo-China dalam persaingan ini. Kita harus memikirkan semula pendekatan kita. Fokus kerajaan ialah untuk menarik kedatangan �quality players� yang mampu menghasilkan produk yang mempunyai nilai tambah serta berteknologi tinggi.

Kita tidak mahu menjadikan Sabah sebagai �manufacturing hub� yang lapuk dan tradisional. Kita ingin menjadikan Sabah sebuah pusat pembuatan yang bersandarkan teknologi tinggi sebagai kekuatan pertumbuhannya. Oleh kerana itulah, saya merasakan kita perlu bekerjasama dengan UMS dan beberapa lagi �research establishment� untuk menyokong pembangunan industri pembuatan di negeri Sabah.

Satu lagi isu dan cabaran pembangunan  ialah jurang digital yang semakin melebar. Ketidakmampuan kita menguasai teknologi akan menyebabkan kita akan terus tercicir dalam kemajuan ekonomi kita. Pengurusan dan pertumbuhan ekonomi amat bergantung kepada keupayaan kita menguasai teknologi maklumat. Oleh yang demikian, kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali melengkapkan diri kita dengan �the necessary knowledge and know-how�. Kita harus menjadikan teknologi maklumat sebagai pemangkin pembangunan pertumbuhan kita.

Kita akan menggalakkan usaha pelaburan dan pembangunan teknologi maklumat di negeri Sabah. Kita akan lebih agresif dalam menjayakan program �incubation� dalam membantu kelahiran �technopreneur�. Kita percaya kita perlu melahirkan usahawan yang tidak lagi bercakap tentang projek jalan raya dan jambatan semata-mata. Kita ingin melahirkan usahawan yang memahami teknologi dan membangunkan teknologi. Kita tidak mahu terus-terusan menjadi pengguna teknologi. Kita percaya usahawan yang akan terus �survive� dalam era liberalisasi ialah mereka yang mampu memanfaatkan teknologi dan ilmu. Mereka yang terus-terusan mengharapkan �political patronage� dan ihsan kerajaan untuk mendapatkan peluang perniagaan harus menyedari bahawa mereka tidak akan lagi relevan.

Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar sebuah koridor teknologi berasaskan ICT diwujudkan. Kawasan yang kita rasa ideal bagi tujuan ini ialah dari kampus UMS sehingga ke kawasan perindustrian KKIP. Kawasan ini harus dijadikan pusat pertumbuhan berasaskan teknologi maklumat. Kita percaya UMS boleh berperanan penting dalam menterjemahkan idea ini untuk menjadi kenyataan. Kita percaya kita mempunyai ramai profesional yang sangat �talented� dalam bidang ICT dan mereka harus dibantu agar dapat menjadi penggerak pembangunan ekonomi berasaskan ICT. Sesungguhnya koridor teknologi maklumat ini seharusnya menjadi �test bed� untuk kita menjadikan ekonomi kita berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi.

Sepuluh tahun dahulu pemikir masa hadapan seperti Peter Drucker sudah meramalkan bahawa era teknologi maklumat akan sampai ke satu tahap kematangan. Beliau meramalkan selepas ledakan teknologi maklumat kita akan menghadapi �the bio economy�. Kita akan berhadapan dengan ekonomi yang berasaskan bioteknologi. Kita sudahpun mula mendengar kelahiran produk seperti �genetically modified food� dan sebagainya. Oleh itu kita harus membuat persediaan untuk proses tranformasi ini. Kita tidak harus mengulangi kesilapan dahulu bila mana kita begitu lambat dalam mengekspoitasi perkembangan teknologi maklumat.

Sabah harus mendahului usaha membangunkan ekonomi berasaskan bioteknologi. Kita beruntung dianugerahkan dengan alam sekitar yang sangat kaya serta sumber lautan yang sangat bernilai. Kita harus meneroka khazanah maha berharga ini. Kajian menunjukkan bahawa 90% sumber �pharmaceutical� adalah di dasar lautan dan masih belum diteroka. Jika Sabah tidak bergerak ke arah penerokaan khazanah ini maka kita tidak strategik dalam perancangan kita. Saya percaya satu dasar pembangunan bioteknologi yang komprehensif untuk Sabah amat perlu bagi membolehkan kita membangunkan sektor ini secara terancang. Di sini saya ingin menganjurkan kepada UMS untuk membantu kerajaan negeri menyediakan �Sabah biotechnology masterplan� sebagai suatu �niche� pembangunan ekonomi masa hadapan.

Sabah adalah negeri yang mendapat peruntukan yang banyak daripada Kerajaan Persekutuan dalam usaha pembangunannya. Namun dalam banyak keadaan pengagihan peruntukan pembangunan ini tidak dilakukan secara strategik. Ia kurang terfokus dan nampak �scattered�. Untuk memastikan usaha pembangunan adalah terancang dan menampakkan hasil maka kita harus strategik. Kita perlu mengenalpasti  �growth area� dan membangunkannya secara terancang melalui aktiviti ekonomi yang terfokus dan bersepadu.

Kita percaya kawasan seperti pantai timur Sabah iaitu Sandakan, Tawau, Semporna dan Lahad Datu boleh menjadi satu �growth area� yang �significant�. Kawasan ini memerlukan satu dasar pembangunan bersepadu dan dibangunkan secara strategik dan berterusan. Kawasan pertumbuhan penanaman kelapa sawit Sabah harus berpusat di sini.  Begitu juga dengan usaha meneroka industri perikanan laut dalam serta pelancongan. Kekayaan sumber laut di kawasan ini harus dieksploitasi secara optimum. Begitu juga dengan industri pelancongan yang berupaya menjadi �world class tourist destination�.  Kawasan ini boleh menjadi �growth area� yang pasti akan membantu ekonomi Sabah berkembang secara konsisten. Perancangan pembangunan di kawasan ini harus �integrated� dan saya percaya potensi ekonominya sangat luar biasa.

Kawasan pantai barat Sabah pula harus dijadikan �growth area� untuk sektor perindustrian terutama sektor pembuatan dan pembangunan produk berteknologi tinggi serta kawasan pembangunan industri teknologi maklumat. Kedudukannya yang terletak dekat dengan pusat pentadbiran dan perniagaan menjadikan ianya lebih relevan. Kehadiran institusi penting seperti UMS, UiTM dan beberapa pusat pendidikan dan penyelidikan amat penting untuk membantu pertumbuhan kawasan ini. Jika kita berupaya melakukan �positioning growh area� ini maka kita akan lebih fokus dalam perancangan pembangunan kita.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa usaha kita menggerakkan sektor ekonomi secara agresif ialah kerana kita perlu menanggani ketidakseimbangan pembangunan yang masih menyumbang kepada kadar kemiskinan yang tinggi. Bila kadar kemiskinan di peringkat negara telah turun kepada 7.3% kita masih lagi berada dalam keadaan �double digit�. Kita percaya kita mempunyai tanggungjawab politik dan moral untuk memberikan penyelesaian kepada masalah yang telah �long overdue� ini.

Kita harus memerangi kemiskinan secara bersungguh-sungguh kerana kita akan diadili oleh generasi akan datang jika kita gagal. Mandat yang diberikan kepada kita sangat kukuh dan oleh itu kita tidak boleh mensia-siakan kepercayaan ini. Percayalah kegagalan kita akan membawa padah yang besar. Oleh itu usaha membasmi kemiskinan harus menjadi agenda utama kepimpinan negeri Sabah serta kerajaan negeri. Kita tiada pilihan kecuali �to deliver�.

Kita amat menghargai sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Pusat dalam membawa pembangunan negeri Sabah. Saya yakin kita harus mempertingkatkan lagi hubungan kita dengan kerajaan persekutuan terutama pada peringkat kepimpinan politik dan juga pegawai. Kerjasama erat ini akan memastikan kita senantiasa belajar dari satu sama lain. Pada masa yang sama kita insaf bahawa usaha membangunkan Sabah harus dilaksanakan secara �kolektif� atas semangat keMalaysiaan. Kita harus belajar merendah diri kita untuk mencontohi �success stories� rakan kita yang lain dalam Persekutuan.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa kerajaan negeri sedang berusaha melakukan �rationalisation exercise� untuk memulihkan semula operasi agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang selama ini tidak menunjukkan pencapaian yang baik. Kita percaya bahawa kita harus bertindak memulihkan semula operasi syarikat yang berpotensi untuk maju dan mengkaji semula agensi yang dirasakan membebankan kerajaan negeri. Kerajaan negeri yakin �exercise� ini akan berjaya jika ia dilaksanakan oleh kumpulan profesional yang berpengalaman dan tidak mempunyai kepentingan politik.

Usaha kerajaan mendapatkan khidmat dan pandangan kumpulan profesional ialah langkah berani untuk mewujudkan �good governance�. Saya percaya walaupun �exercise� ini akan menyebabkan kehilangan pekerjaan kepada beberapa individu tetapi ia harus dilakukan. Tindakan sebegini adalah wajar untuk memastikan kita berdaya saing. Oleh yang demikian, ia harus diterima secara profesional dan dengan hati terbuka. Kita percaya tindakan sebegini adalah untuk memastikan �survival� agensi yang terbabit dalam sistem ekonomi dan pasaran yang sangat kompetitif.

Sebelum saya mengakhiri syarahan saya, wajarlah untuk saya menjelaskan bahawa usaha memposisikan semula ekonomi Sabah akan mengambil kira semua kepentingan dan pandangan seluruh lapisan masyarakat. Kerajaan negeri sedia mendengar pandangan dan idea daripada masyarakat perdagangan, tokoh akademik, pimpinan masyarakat, kumpulan profesional serta rakyat jelata dalam menggerakkan usaha ini. Kita percaya bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat.

Kita juga ingin menyakinkan bahawa agenda pembangunan lain seperti pendidikan, �social engineering�, pemuliharaan alam sekitar, budaya serta perkembangan agama Islam akan diberikan perhatian sewajarnya. Pembangunan yang baik adalah pembangunan yang seimbang dan holistik dan saya ingin mengulangi bahawa kita amat komited. Adalah menjadi doa dan harapan kita agar kita mampu menjadikan Sabah sebuah negeri yang mendapat limpah rahmat dan pengampunan Illahi, Baldatun Taiyebatun Warabul  Ghafur.

 

4. Meningkatkan keupayaan kumpulan indigenous Sabah

Antara strategi utama pembangunan di Malaysia ialah mewujudkan keseimbangan pembangunan antara negeri, wilayah, daerah dan kumpulan etnik. Sehubungan dengan matlamat ini, Kerajaan telah menggubal dan merangka dasar-dasar yang dijadikan sebagai garis panduan seperti Dasar Wawasan Negara (DWN) yang merupakan asas kepada strategi dan program di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang Ke-3 (RRJP3 � 2001-2010). 

Salah satu teras dalam DWN ialah menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan menghasilkan keseimbangan ekonomi di kalangan kaum etnik, kumpulan berpendapatan rendah dan di antara wilayah. Fasa pertama RRJP3 sedang dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8). Selaras dengan objektif memastikan keseimbangan pembangunan, Kerajaan Persekutuan melalui bajet 2003 telah memperuntukkan sejumlah 2.56 bilion bagi tujuan pembangunan luar bandar seperti menyediakan kemudahan infrastruktur dan membangunkan industri-industri desa.

Selaras dengan matlamat Kerajaan Persekutuan, bajet Negeri 2003 juga memberi keutamaan kepada pembangunan luar bandar. Pelaksanaan program-program termasuklah pengurangan kadar kemiskinan melalui projek pembangunan Khas, Projek Pembangunan Kecil, Pembasmian Kemiskinan, dan Pemulihan Kampung serta pembangunan industri-industri kecil dan sederhana indigenous.

Bagaimanapun, penglibatan kumpulan-kumpulan indigenous dalam program dan aktiviti pembangunan masih lagi pada tahap yang rendah kerana kurangnya kesedaran atau penerimaan terhadap pembaharuan serta pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan.  Oleh itu, bagi merealisasikan objektif ini, kumpulan-kumpulan indigenous Sabah yang sebahagian besar masih lagi menetap di kawasan luar bandar diseru agar terlibat secara aktif dalam program pembangunan kerajaan dan melengkap serta menyesuaikan diri dengan pengurusan, pengetahuan dan kemahiran baru dalam pelbagai bidang ekonomi.

Maka atas keprihatinan ini, Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Marudu telah menganjurkan seminar sehari yang bertajuk �Seminar Meningkatkan Keupayaan Kumpulan Indigenous Sabah Dalam Pelbagai Sektor Pembangunan.�   Seminar ini telah diadakan pada 29 Julai 2003 bertempat di Dewan Serbaguna Kota Marudu.

Seminar ini telah dirasmikan oleh   Datuk Nasir Tun Haji Sakaran Dandai, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Dalam ucaptamanya, beliau menegaskan bahawa seminar seperti ini amat bertepatan dengan aspirasi kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan serius terhadap pertumbuhan ekonomi kumpulan indigenous. �Perlu diingatkan bahawa pembasmian kemiskinan di luar bandar merupakan salah satu halatuju utama Ketua Menteri Sabah.

�Ketua Menteri amat komited dan serius dalam usaha membasmi kemiskinan di Sabah dengan rekod kemiskinan sebanyak 20 peratus dan antara yang tertinggi di Malaysia,� kata beliau.  Oleh itu, atas keprihatinan tentang masalah ini, Kerajaan Negeri telah menghidupkan semula Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan yang tidak aktif sejak 1996, sebagai salah satu langkah mengatasi masalah kemiskinan di luar bandar.  Dalam usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan, beliau menyeru agar kakitangan kerajaan menjalankan tugas dengan efisien, efektif, kreatif, inovatif, produktif dan memberi keuntungan kepada semua pihak, terutama kepada rakyat. Menurut beliau, pengurusan kerja mestilah dirancang agar peruntukan pembangunan di luar bandar dapat dioptimumkan sepenuhnya. �Kita tidak mahu berlakunya pembaziran kerana yang rugi adalah rakyat sendiri,� tambah beliau. 

Bagi merealisasikan usaha ini, Datuk Nasir telah menerangkan pelbagai aktiviti dan program telah dirangka oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah seperti projek Tamu Niaga, pelancaran Projek Satu Daerah Satu Produk, Program Pembangunan Tanah Terbiar dan sebagainya. 

Datuk Nasir juga turut mengiktiraf penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs) antarabangsa dan tempatan dalam membantu kerajaan membangunkan masyarakat luar bandar. Ini termasuklah sumbangan NGOs antarabangsa seperti Japan International Cooperation Agency atau JICA yang berkongsi pengetahuan teknikal kepada penduduk luar bandar dalam meningkatkan sumber pendapatan mereka. Perkongsian pengetahuan teknikal ini adalah seperti membuat kertas, lilin, kraftangan, sabun dan lain-lain hasil produk yang menggunakan sumber-sumber yang tidak terpakai. Beliau memberi jaminan bahawa agensi-agensi kerajaan akan membantu mempromosi dan memasarkan hasil keluaran kraftangan penduduk luar bandar. 

Pengerusi IDS, Datuk Hj. Masidi Manjun juga telah menyampaikan kata-kata aluan yang mana teks ucapan dibacakan oleh Encik Anthony Kiob, pengerusi penganjur seminar.  Beliau berkata, pembangunan luar bandar merupakan salah satu agenda IDS khususnya yang melibatkan kepentingan untuk memajukan ekonomi dan kualiti hidup kumpulan indigenous.

Dalam masa yang sama, kumpulan indigenous dilibatkan sama dalam membentuk kata-putus kerajaan terutamanya dari segi pembentukan polisi dan penggubalan pelan pembangunan di kawasan luar bandar.

Objektif utama seminar ini adalah meningkatkan tahap kesedaran di kalangan kumpulan indigenous di kawasan luar bandar terhadap kepelbagaian program-program pembangunan seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2003 serta memberi pendedahan yang lebih jelas mengenai aspirasi dan dasar pembangunan luar bandar.

Empat kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar ini. Pembentang-pembentang kertas kerja adalah seperti berikut:

Kertas kerja 1: Dasar dan Konsep Pembangunan Luar Bandar di Sabah oleh Datuk Ghulam Jelani, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.  Kertas kerja ini menyentuh tentang sejarah, peranan, program dan aktiviti Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) dalam membangunkan masyarakat luar bandar termasuklah peruntukan kewangan yang disediakan.

Kertas Kerja 2: Pembangunan Semasa Di Kawasan Zon Pantai Barat Utara Sabah oleh Encik Sanudin Hj. Ismail, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Marudu. Beliau telah membentangkan pencapaian pembangunan di Koridor Pantai Barat Utara yang lebih menjurus kepada Daerah Kota Marudu. Selain daripada pembangunan infrastruktur, beliau turut menyentuh pembangunan dari segi ekonomi dan sosial.

Kertas Kerja 3: Masalah dan Halangan Dihadapi oleh Kumpulan Indigenous Dalam Konteks Pembangunan oleh  Encik Mohd. Najib Muntok, Penolong Pegawai Daerah Kudat.  Dalam kertas kerja tersebut, beliau menekankan beberapa faktor utama yang melambatkan proses pembangunan di kalangan kumpulan indigenous seperti sikap negatif, masyarakat subsidi, tahap pendidikan rendah dan kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat luar.

Kertas Kerja 4: Peranan Badan-badan Bukan Kerajaan Dalam Meningkatkan Sektor Ekonomi Kumpulan Indigenous oleh Encik Mustafa Alba Ibrahim, Penolong Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Cawangan Sabah. Kertas kerja ini banyak menyentuh tentang projek Kajian Meningkatkan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar di Sabah atau lebih dikenali sebagai PUANDESA yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri Sabah dengan kerjasama Japan International Cooperation  Agency (JICA).

Antara isu dan cadangan utama yang diketengahkan dalam seminar tersebut adalah seperti berikut:

a) Jawatankuasa  Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) haruslah memainkan peranan penting merancang pembangunan kampung dan bertanggungjawab untuk melaksanakan serta memahami program-program pembangunan yang diperkenalkan oleh  kerajaan;

b) Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian terhadap isu pemilikan tanah kepada penduduk kampung bagi memudahkan mereka memohon dan mendapat bantuan kewangan daripada pihak bank dan agensi-agensi kerajaan;

c) Projek pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan haruslah mengambil kira pendapat masyarakat dengan mengadakan perbincangan seperti dialog bagi memberikan satu bentuk kerjasama di antara kerajaan dan masyarakat;

 d) Penyediaan kemudahan infrastruktur asas seperti jalanraya merupakan bentuk pembangunan utama  khususnya  untuk memasarkan hasil produk keluaran penduduk luar Bandar;

 e) Sikap negatif masyarakat luar bandar perlu diubah agar dapat menerima program dan aktiviti pembangunan kerajaan khususnya sikap tidak mahu berubah disebabkan oleh keserasian dengan kehidupan �comfort zone�.

Seminar ini telah dihadiri oleh lebih 120 peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGOs), ahli akademik dan usahawan wanita daripada tiga daerah iaitu Kudat, Kota Marudu dan Pitas.  Secara keseluruhan, seminar ini telah berjaya mencapai objektifnya dan maklumat-maklumat yang disampaikan telah memberi manfaat kepada para peserta seminar. � Anita Limjoon & Masneh Abd Ghani

 

 

<Back to top>

<Back to main page>

<Home>