Berita IDS

Vol.17 No.1 Jan - April 2003

 

1. Halatuju�s focus: agriculture, tourism and manufacturing

2. ICT pencetus usahawan baru

3. Official launching of the UNDP/GEF-IDS demonstration

4. Issues on gender, family and development

 

 

 

1) Halatuju�s focus: agriculture, tourism and manufacturing

 

Datuk Musa Haji Aman who took his oath of office as the 7th Sabah Chief Minister under the rotation system on 27th of March this year had outlined three priority areas in the state�s development agenda or Halatuju.

He told a news conference that emphasis would be placed on improving the efficiency of the state administrative machinery; upgrading the level of professionalism and enhancing the culture of accountability.

In order to improve economic stability and sustainable growth, Datuk Musa said the government would give priority to the agriculture, tourism and manufacturing sectors.

 He said the agricultural sector needed to be modernised in order to enhance productivity, increase value-added products and quality, apart from reducing dependency on imported food items. �A more effective zoning concept in terms of yielding products would be introduced,� he said.

He said the agricultural sector ought to be developed as a major contributor to the state�s economic growth. In this context, the Chief Minister said the modernisation process should start from the planting stage to processing and marketing. �In this way, Sabah will emerge as a leading modern agricultural state not only in the country but also in the region,� he added.

Datuk Musa said Sabah�s biodiversity resources should also be aggressively exploited. �Universities as well as public and private research institutions would be encouraged to play a leading role in research and development (R&D) efforts for the development of the state�s biodiversity and bioeconomy including the aquaculture, marine and herbal resources,� he said.

 �To ensure the successful transformation of the agricultural sector, both the state and federal governments will increase assistance in the form of capital and the provision of expertise and infrastructure and networking. The private sector is expected to play an active role in this respect,�  said Datuk Musa.

On tourism, the Chief Minister said it would be further developed to become a major contributor to the state�s GDP. Apart from attracting more tourists through strategic marketing, efforts will be made to create niche products and upgrade infrastructure, he said.

�The Prime Minister�s aspiration in attracting 23 million tourists annually should be seen positively, with Sabah targeting around 2.7 million arrivals a year, within the next five years,� he said.

On the manufacturing sector, Datuk Musa said focus would be on the small and medium industries (SMIs) and the small and medium enterprises (SMEs). �Apart from addressing the shortage of infrastructure, attention will be given to modernising the SMIs and SMEs,� he said.

As Malaysia shifts its focus to the K-economy, the state�s development agenda will be reviewed to complement the national objective, said the Chief Minister while adding that  human resource development will be crucial in ensuring the success of the three priority sectors. �In this respect, existing education and training facilities  will be maximised to meet the human resource requirement. The long-term plan is  to reduce dependence on foreign labour especially the less skilled workers,� said the Chief Minister.

He also said that cordial federal-state relations will be further strengthened so that government machinery both at the state and federal levels would become more effective. This will help expedite the state�s development, he said.

While economic development is being given emphasis, the government will not neglect  social development, the Chief Minister said. In this respect, he said the hardcore poor and the rural population will be accorded due attention. Socio-economic programmes will be stepped up to eradicate poverty including the provision of infrastructure, and low and medium-cost housing for the people.

The Chief Minister said cleanliness and the environment would be given due attention as a way to improve the quality of life of rural and urban dwellers. �Such efforts no doubt will further enhance the image of Sabah as a tourist destination,� he said.

Datuk Musa Haji Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ketujuh dibawah sistem penggiliran Ketua Menteri pada 27 Mac tahun ini telah menggariskan tiga sektor utama dalam agenda pembangunan atau Halatuju bagi negeri ini.

 Dalam sidang akhbar beliau menyatakan penekanan akan diberi untuk meningkatkan kecekapan jentera pentadbiran negeri; memperbaiki tahap profesionalisme dan memantapkan budaya akauntabiliti.

 Bagi meningkatkan kestabilan ekonomi negeri dan pertumbuhan mapan, Datuk Musa berkata kerajaan akan memberi keutamaan kepada sektor pertanian, pelancongan dan pembuatan.

 Beliau berkata sektor pertanian perlu dipermodenkan untuk meningkatkan lagi produktiviti pengeluaran produk, menjana lebih banyak produk-produk nilai tambah, meningkatkan mutu produk disamping mengurangkan kebergantungan kepada bahan-bahan makanan import. �Konsep penzonan yang lebih efektif dari segi pengeluaran produk juga akan diperkenalkan,� kata beliau.

 Beliau berkata sektor pertanian perlu diperkembangkan hingga ia menjadi sumber utama dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negeri Sabah. Dalam konteks ini Ketua Menteri berkata proses ini perlu bermula dari peringkat penanaman hingga pemprosesan sesuatu produk serta pemasarannya. �Melalui perubahan ini negeri Sabah akan muncul sebagai pusat pertanian moden yang terkemuka di peringkat negara dan rantau ini,� kata beliau.

Datuk Musa berkata khazanah biodiversiti juga perlu diterokai secara lebih bijak dan agresif. �Universiti dan badan-badan penyelidikan awam dan swasta akan memainkan peranan utama dalam memantapkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mencetuskan era bioteknologi dan bioekonomi di negeri Sabah. Sebagai contoh, potensi akuakultur, perikanan laut dalam dan herba perlu direalisasi- kan sepenuhnya,� kata beliau.

 �Untuk menjayakan perubahan sektor pertanian kerajaan persekutuan akan melipatkan gandakan bantuan dalam bentuk modal, kepakaran, infrastruktur dan jaringan. Dalam hal ini sektor swasta juga akan memainkan peranan aktif,� kata Datuk Musa.

 Bagi sektor pelancongan, Ketua Menteri berkata ia akan diperkembangkan lagi agar sumbangannya kepada KDNK negeri menjadi lebih besar. Selain dari menarik bilangan pelancong yang lebih ramai melalui pemasaran yang lebih strategik, usaha akan dibuat untuk mewujudkan produk-produk baru dan nic (niche) serta meningkatkan infrastruktur, kata beliau.

 �Aspirasi Perdana Menteri dalam menarik 23 juta pelancong perlu dilihat secara positif, dengan negeri Sabah mensasarkan 2.7 juta pelancong setahun dalam masa lima tahun,� kata beliau.

 Bagi sektor perusahaan, Datuk Musa berkata fokus akan diberikan kepada perusahaan dan industri kecil dan sederhana (SMI dan SME). �Selain dari menangani masalah kekurangan infrastruktur perhatian akan diberi bagi memodenkan SMI dan SME kata beliau.

 Ketika Malaysia beralih ke arah k-ekonomi, agenda pembangunan negeri akan juga ditinjau semula untuk melengkapkan objektif negara, kata Ketua Menteri dan dalam masa yang sama pembangunan sumber manusia adalah penting dalam memastikan kejayaan tiga sektor utama yang telah disebutkan. �Dalam hal ini, kemudahan institusi pendidikan dan latihan akan dipertingkatkan ke tahap maksimum untuk memenuhi permintaan sumber tenaga manusia. Rancangan jangka panjang ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing, khususnya mereka yang kurang mahir,� kata Ketua Menteri.

Beliau juga berkata hubungan antara Kerajaan Negeri dan Pusat yang mesra akan menjadi lebih kukuh untuk memastikan jentera kerajaan di kedua-dua peringkat negeri dan persekutuan menjadi lebih efektif. Ini akan mempercepatkan lagi proses pembangunan negeri, kata beliau.

 Pada masa pembangunan ekonomi diberi keutamaan, kerajaan tidak akan mengetepikan pembangunan sosial, kata Ketua Menteri. Dalam hal ini beliau berkata rakyat termiskin dan penduduk luar bandar akan mendapat perhatian sewajarnya. Program sosio ekonomi akan dipertingkatkan untuk membasmi kemiskinan termasuklah menyediakan infrastruktur dan rumah kos rendah dan sederhana untuk mereka.

 Ketua Menteri berkata kebersihan dan persekitaran akan diberi perhatian untuk meningkatkan kualiti kehidupan penduduk bandar dan luar bandar.  �Usaha sedemikian akan meningkatkan lagi imej negeri Sabah sebagai destinasi pelancongan,� kata beliau.

<back to top...>

 

2. ICT pencetus usahawan baru

 

Di era komuniti dunia menghuni perkampungan global tanpa dibatasi sempadan fizikal lagi, kepantasan bertindak lumrahnya turut mengukuhkan proses penglobalisasian dan persaingan baru yang diterjemahkan oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).  Ia adalah alat pemboleh (enabling) dengan keupayaan menjana proses pergerakan, pertukaran dan perkongsian informasi secara global sehingga pendekatan mengurus organisasi masa kini turut dipengaruhi bukan sahaja oleh akses serta capaian tanpa had kepada pelbagai maklumat dan pengetahuan terkini, malahan kepakaran, pasaran, modal serta sumber dan faktor produksi lain.  Khidmat ICT membolehkan komunikasi meluas, cepat serta murah, pertukaran dan perkongsian maklumat dan pengetahuan terkini, mengurus pelbagai transaksi atas talian terus dan perangkaian hubungan antara individu, organisasi dan sumber-sumber lain dilakukan secara telus, efisien dan efektif tanpa diganggu-gugat oleh faktor geografi, sosio-ekonomi, inklinasi politik, agama, bahasa dan budaya.

 

Dalam erti kata lain, isu halangan sempadan fizikal dan fahaman ideologi bukan lagi masalah kritikal dalam mencorak kehidupan manusia.  Malahan, kecanggihan ICT dikatakan bukan setakat memungkinkan percambahan ilmu dan tamadun baru, penerokaan pasaran dan pelanggan baru serta perangkaian dalam supply value chain of industry, tetapi turut membolehkan kependudukan dimajukan menjadi sumber boleh diperbaharui untuk menggerakkan ekonomi lokasi dan melahirkan kekayaan baru. 

Kini, ICT boleh dieksploitasi menjadi pelengkap kritikal kepada proses pembangunan keusahawanan diterajui pengetahuan (K-Usahawan) dan K-Ekonomi.  Alaf yang diterajui pengetahuan ini semestinya menuntut kelahiran satu kelompok usahawan baru yang mengusahakan industri strategik diteraskan pengetahuan dan teknologi.

 

Adakah ICT merealisasi persaingan adil-saksama

 

Kemajuan ICT bukan sahaja membawa satu pengharapan baru kepada semua, malahan meningkatkan kegigihan untuk terus bersaing berasaskan kepercayaan serta keyakinan masa kini bahawa satu pasaran bebas dunia yang paling ideal sudah diwujudkan menerusi kelahiran satu gelanggang persaingan sama-rata (level playing field) dilandaskan kepada konsep pasaran alam maya (virtual market).  Adakah gelanggang yang dilaung-laungkan ini benar-benar adil dan saksama?  Hakikatnya, ia adalah tidak semudah ini.  Ini mungkin ada kebenarannya jika ditinjau dari konteks peragaan laman-laman web di Internet, di mana adalah terlalu sukar untuk meneka saiz dan kebolehan sesebuah organisasi perniagaan dengan hanya membuat penilaian ke atas laman webnya.   Namun, kita harus menerima hakikat bahawa ICT tidak semestinya dapat diakses oleh semua golongan, terutama golongan kurang berkemampuan.  Selain itu, kehadiran di Internet tidak semestinya menghasilkan pulangan memberangsangkan tanpa melakukan sesuatu.

 

Semua ini tidak akan bergolek datang dengan mudah.  Yang jelas, Internet hanya memanfaatkan organisasi yang berdaya saing tinggi untuk meneroka pasaran baru dan mengintensifkan penglobalisasian ekonomi dunia.  Adakah organisasi kecil dapat bertapak secara bermanfaat di Internet selagi tidak melakukan sesuatu untuk mengukuhkan daya saing dan ketahanannya?  Penyertaan secara berjaya ini menuntut usahawan untuk bukan sekadar membuat capaian kepada Internet, tetapi mampu mengeksploitasi Internet yang merupakan gugusan maya kepada pelbagai sumber dan kemahiran untuk memperkasakan perniagaan masing-masing. 

 

Internet adalah katalis keusahawanan selagi pengusaha-pengusaha tahu memanfaatkan capaian khazanah ini untuk memajukan inovasi-kreativiti produk dan perkhidmatan.  Jika tidak, sesuatu wajar dilakukan untuk mencetuskan perangkaian pengusaha dengan pelbagai sumber di Internet ataupun menerusi ICT.

 

Internet bukan sekadar mempelopori kelahiran inkubator ilmu

 

Keajaiban yang dipertontonkan oleh ICT menerusi Internet bukan sekadar menjadi pusat menerokai pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru, malahan nukleus rujukan dan bimbingan maya kepada pembentukan kehidupan manusia.  Dalam erti kata lain, Internet boleh disamakan menjadi pusat inkubator maya bersaiz mega (mega virtual incubator) yang mampu mengasuh, membimbing dan memajukan manusia sejagat dalam pelbagai aspek kehidupan masa kini.  Kemunculan budaya belajar sehayat pastinya akan menyumbang kepada pembangunan satu ketamadunan dan kekayaan baru global.  Manusia bukan sekadar menggunakan Internet sebagai pentas bersama (common platform) untuk membelajari ilmu eksplisit dan berkongsi pengalaman tasit, malah arena maya ini telah dipergunakan untuk melaksanakan penjaringan rangkaian kerjasama sosio-ekonomi dan politik antara individu, organisasi dan masyarakat untuk memperjuangkan pelbagai kepentingan bersama serta meneroka satu pasaran baru.

 

Yang nyata, Internet bukan sekadar menjadi titik pertemuan pelbagai aliran pemikiran, khazanah ilmu dahulu dan kini, penemuan R&D dan teknologi, tetapi merealisasikan satu proses pemusatan (convergence) sumber manusia dari semua arah serta diwarnai pelbagai latar belakang kemahiran dan kepakaran untuk berganding bahu dan kebijaksanaan mencetuskan kekayaan baru.  Contohnya, usahawan boleh menggunakan Internet bukan sekadar untuk menguasai sebahagian pasaran alam maya, malahan boleh menggunakan Internet untuk mengumpul pelbagai maklumat penting sama ada untuk tujuan aktiviti R&D, mengenalpasti lokasi sumber mentah paling kos efektif dan kompetitif, menilai tahap viabiliti sesuatu pasaran baru, tetapi juga untuk menjaring hubungan dan kerjasama pintar dengan individu berkemahiran dan berkepakaran tertentu di universiti dan institusi R&D, organisasi berpenerajuan teknologi canggih atau industri strategik baru dan sumber modal.  Perkembangan ini turut mendorong individu atau organisasi berkepakaran untuk menawarkan khidmat di Internet.

 

Hakikatnya, kemajuan ICT berjaya merangsang pencetusan semangat keusahawanan manusia sejagat seandainya Internet dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh semua pihak.  Justeru itu, program pembangunan keusahawanan masa kini terutamanya dalam mengasuh individu-individu  menjadi usahawan baru sewajarnya harus dipelopori oleh proses pemusatan (convergence) konsep inkubasi dan kepelbagaian khazanah Internet.  Keusahawanan masa kini tidak mampu terus menyerlah hanya dengan diberi penjurusan kepada salah satu daripada aspek di atas oleh individu yang baru ingin menceburi bidang ini.

 

Kejayaan mengasuh usahawan baru turut ditentukan oleh kepakaran pasukan pengendalian program inkubasi untuk menjalin persefahaman dan kerjasama menjaring usahawan baru dengan dengan individu dan organisasi rakan berwibawa berteraskan ciri situasi win-win.  Kredibiliti organisasi pengendali inkubasi setempat masih menjadi pertimbangan utama dalam menjayakan proses pengkomersilan inovasi-kreativiti baru yang dihasilkan oleh universiti dan institusi R&D. 

 

Dalam hal ini, Internet hanya bertindak sebagai alat pemboleh (enabling tool) untuk mencapai pelbagai sumber global.  Namun, harus diingati bahawa bukan semua maklumat yang dipaparkan di Internet adalah benar-benar belaka, tepat dan berkredibel.  Ada juga penaja maklumat yang menyalahgunakan Internet untuk tujuan membuat penipuan serta mengaut keuntungan secara tidak beretika.

 

Justeru itu, usahawan baru harus mempraktiskan kaedah penelitian sewajarnya (due diligence) untuk mengelakkan diri tertipu dengan memastikan sama ada rakan kongsi baru, produk atau teknologi baru yang ditawarkan mematuhi syarat dan piawaian seperti mana dihebahkan. 

 

Dalam erti kata lain, usahawan baru harus juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman baru sebelum mereka mampu melakukan transaksi global tanpa berasa ragu-ragu.  Semua ini boleh ditawarkan oleh sebuah pusat inkubator perniagaan atau teknologi (business or technology incubator) setempat yang berkredibel dan mempunyai rangkai rantaian dengan pengendali inkubator-inkubator yang lain di pelbagai peringkat.  Kemajuan ICT pastinya menyumbang kepada proses inkubasi boleh dilakukan atas talian, selain membolehkan kewujudan satu rangkaian inkubator maya yang boleh bekerjasama kearah menjana pertumbuhan bilangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan industri kecil dan sederhana (IKS).  Selain itu, perkongsian pelbagai kepakaran di antara inkubator boleh membuahkan pelbagai kejayaan baru.

 

Inkubator merintis komitmen inovasi individu dan organisasi

 

Perkataan inkubator (incubator) kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada kesediaan satu persekitaran dilengkapi kemudahan fizikal dan peralatan serta disokongi oleh kepakaran dari universiti untuk menjayakan agenda ekonomi mahupun sosial-budaya. Kini, inkubator perniagaan dan teknologi sering digunakan untuk memasarkan satu persekitaran kondusif yang menawarkan pelbagai kemudahan dan khidmat gunasama dengan bayaran yang amat berpatutan kepada individu yang baru menceburi bidang perniagaan.

 

Selain itu, sebuah bengkel kereta yang dilengkapi pelbagai kemudahan boleh berperanan sebagai sebuah inkubator.  Begitu juga halnya dengan pusat latihan kemahiran maupun pusat pemulihan akhlak.  Hakikatnya, rumah, sekolah dan pejabat adalah institusi inkubator yang paling asas.

 

Sebaliknya, perkataan inkubasi (incubation) menjurus kepada proses atau aktiviti kemanusiaan yang memperlihatkan tindak-tanduk seperti mengasuh, membimbing, memberi tunjuk ajar untuk mencorakkan perwatakan atau memberi pengalaman baru kepada seseorang individu. 

Contohnya, inkubasi perniagaan (business incubation) boleh merujuk kepada proses memberi latihan bimbingan atau pengupayaan (empowerment) ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman kepada pengusaha baru tentang pelbagai kerja-kerja persediaan awal yang perlu dibuat sehingga operasi perniagaan dilancarkan, termasuk menangani pelbagai permasalahan dihadapi. 

Dengan adanya proses ini, maka pengusaha baru tidak akan hilang arah-tujunya semasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dalam usaha mengejar matlamat hidupnya.  Dalam hal ini, inkubator dan inkubasi adalah dua perkataan yang sinonim dalam bidang keusahawanan masa kini.

Inkubator dan inkubasi telah berkembang pesat menjadi satu entiti penting di negara-negara maju, dan adalah katalis kearah memperkembangan semangat keusahawanan dan pertumbuhan ekonomi. Malahan, penyerlahan inkubator dan inkubasi diperakui mampu dalam mempelopori proses inovasi produk dan perkhidmatan masa kini.

Realitinya, pembangunan inkubator-inkubator yang diterajui pengetahuan, pengurusan dan teknologi baru penting dalam usaha merangsang pertumbuhan baru, di samping memastikan potensi sumber manusia boleh diperbaharui digunakan secara efektif untuk menghasilkan kekayaan baru. Justeru itu, inkubator adalah pusat penjanaan inovasi-kreativiti dan pertumbuhan alaf baru berasaskan rantaian positifnya dengan universiti dan institusi R&D, serta pemodal-pemodal yang sedia membiayai projek berpotensi maju.

Inkubator akan menyediakan pelbagai kemudahan dan merangkaikan dengan pelbagai kepakaran untuk mewujudkan satu persekitaran kondusif digunakan oleh individu-individu berpotensi untuk menguji, menterjemah dan memajukan idea-idea baru yang disifatkan berdaya maju sehingga kepada usaha penghasilan prototaip, pengujian produk di pasaran dan pembangunan perusahaan. 

Selain itu, pengendali inkubator turut komited menawarkan pelbagai khidmat sokongan lain, di samping usaha membuat penjaringan rantaian dengan sumber kemahiran dan modal biaya.  Pendek kata, konsep inkubator berkeupayaan untuk merealisasikan penjaringan rantaian yang menjurus kepada bidang sains (R&D-Teknologi), industri, kepakaran, modal, pasaran dan pengurusan alaf baru.

 Halatuju Sabah di alaf baru

Dalam hal ini, Sabah perlu bersifat pro-aktif dan mengorak langkah untuk menerokai konsep ini agar sumber manusianya boleh dieksploitasikan untuk menghasilkan kekayaan baru.  Cadangan pembangunan Pusat Inkubator di SAIP (Sabah Agro-Industrial Precinct), Papar adalah satu usaha bersepadu yang sedang dilakukan untuk memposisikan kedudukan Sabah sebagai pusat kecemerlangan inovasi baru produk agro-bio di rantau ini dengan mengeksploitasikan bidang keusahawanan dan rantaian pelbagai sumber dan kepakaran.  Hakikatnya, cadangan pusat inkubator ini apabila dibangunkan kelak boleh berperanan sebagai:-

 

(a) Mekanisme merealisasi agenda Pelan Induk K-Ekonomi Malaysia;

 

(b)        Pengembleng merintis kelahiran K-Usahawan dan K-Industri;

 

(c)        Penjana inovasi industri dan pertumbuhan baru kepada ekonomi Sabah; dan

 

(d)        Pengupaya (enabling) melahir nilai baru kepada individu, organisasi dan industri.

 

Kejayaan yang dikecapi oleh inkubator-inkubator di negara-negara maju adalah pengalaman berharga yang harus dimanfaatkan oleh inkubator-inkubator baru menerusi proses penjaringan maya.  Pengujudan inkubator maya akan membolehkan perkongsian pintar direalisasikan secara efisien dan efektif.  Untuk itu, capaian kepada Internet, pembangunan kandungan dan pangkalan data adalah antara prasarana penting untuk melayakkan sesebuah inkubator dipanggil K-Inkubator atau knowledge incubator.  Ini adalah kerana sebuah inkubator yang terasing dari dunia luar tidak akan mampu menonjolkan dirinya sebagai peneraju penting global yang diperhatikan. Pengintegrasian inkubator dan ICT wajar untuk merintis proses pemusatan (convergence) yang akan memanfaatkan semua pihak.

 

<back to top>

 

 

 

3. Official launching of the UNDP/GEF-IDS demonstration

 

The UNDP/GEF-IDS demo plot project which was officially launched by the Minister of Agriculture and Food Industry, Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail on 29 April 2003 can be considered as significant in many respects.

 Intended as a test bed for the planting of herbs and medicinal plants that are indigenous to Sabah, the demo plot project is also a pioneering effort to employ organic farming techniques � using organic fertilisers such as compost and bio-friendly organic pesticides. In addition, it will offer hands-on training for project participants.

 The demo plot project is a joint-venture effort between IDS (Sabah) and United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia and Global Environment Facility (GEF), a joint programme between the UNDP and the World Bank to help solve global environmental problems.

 In February this year, an agreement was signed between the parties involved, thus paving the way for the implementation of the project entitled Promoting Demonstrational Plots of Medicinal Plants and Herbs Biodiversity and Their Related Traditional Knowledge.

 The five-acre demo plot is located off Mile 30 Papar-Beaufort Road and forms part of the proposed 215-acre Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) in the Papar district. It serves as a test bed to domesticate commercially selected herbs and medicinal plants from the state�s rich biodiversity for the SAIP�s herbal industry/factory which will be set up later.

Under this project, traditional methods and knowledge of the local communities and research institutions will be used to design, test and maintain demonstration plots of selected medicinal plants.

A series of training programmes will also be conducted to impart knowledge to the local communities on effective ways of designing, and constructing test beds for selected herbs and medicinal plants for purposes of propagation and commercialization. Other activities include gathering of information on traditional uses of herbs and medicinal plants for primary healthcare and treatment of illnesses.

Speaking at the launching ceremony, Datuk Abdul Rahim urged villagers to plant herbs and medicinal plants which have huge potential to be developed commercially. 

He said Sabah has the potential to become a supplier of medicinal plants and herb species and seeds if the nursery sector is sufficiently developed to cater to commercial demand at state and national levels.

�If we are successful in propagating medicinal plants and herbs commercially, we not only are able to meet local demand but also become a producer of medicinal plants and herbs seeds in the region,� he said.

Datuk Rahim also urged villagers to take advantage of the demo plot project to learn the techniques of organic farming by participating in the project. He said organic farming could contribute significantly to the agriculture sector.

�The demand for organic food is increasing as the people are becoming more health conscious about eating food which is free of chemicals and pesticides,� he said.

Meanwhile, IDS Chairman Datuk Masidi Manjun said that IDS began its research on herbs and medicinal plants in 1998 as a response to the state government�s call to look at alternatives to the logging industry that was facing a drastic decline.

As a result, IDS had developed a few herbal products, namely Noni juice and capsule as well as teas from Pegaga leaves and Tongkat Ali root. So far, two of the capsules have been registered with the National Drug Control Authority.

The UNDP Small Grant Project Coordinator, Dr. Martin Abraham in his welcome remarks said the demo plot was one of the 22 projects in Malaysia funded by UNDP.

He said since year 2000 funds were being given out to non-governmental organisations (NGOs) to start projects under the UNDP country programme. Until April this year, 15 planning grants and 22 project grants were given out to NGOs in Malaysia.

�Sabah has six projects, the most in the country,� he said while adding that selection of projects was based on those that promoted biodiversity and ecotourism, which could provide a sustainable livelihood to the local community.

�We look at projects based on a win-win scenario � for both the people and the environment. They must be economically, socially and environmentally sustainable,� he said.

 More than 170 people including government officers, village heads, and members of the Village Development and Security Committees (JKKK) attended the launching ceremony. � UNDP/GEF-IDS project team members.

Projek plot demo UNDP/GEF-IDS telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Sabah, Datuk Abdul Rahim Ismail pada 29 April 2003 boleh dianggap sebagai amat penting dalam pelbagai aspek.

Bertujuan menjadi medan percubaan bagi tumbuhan herba dan ubat-ubatan yang asli di Sabah, projek plot demo ini juga telah menjadi peneraju dalam menggunakan teknik perladangan organik � menggunakan baja-baja organik sebagai bahan kompos dan racun-racun serangga organik yang mesra bio. Ia juga menyediakan latihan secara langsung bagi peserta-peserta projek.

Projek plot demo ini adalah usahasama antara IDS (Sabah) dan Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Khidmat Alam Sekitar Global (GEF), iaitu program usaha sama antara UNDP dan Bank Dunia bagi mengatasi masalah  alam sekitar global.

Pada bulan Februari tahun ini, satu perjanjian telah ditandatangani antara yang terlibat, dan membuka jalan bagi pelaksanaan projek yang dikenali sebagai Mempromosikan Plot Demonstrasi bagi Tumbuhan Perubatan dan Biodiversiti Herba dan Pengetahuan Berkaitan Tradisional.

 Plot demo seluas 5 ekar ini terletak di Batu 30 jalan Papar-Beaufort dan menjadi sebahagian dari Sabah Agro Industrial Precinct yang seluas 215 ekar di daerah Papar. Ia menjadi medan percubaan untuk mendomestikasikan herba terpilih yang boleh dikomersilkan dan tumbuhan ubat-ubatan dari biodiversiti negeri yang kaya bagi industri herba SAIP dan kilang yang akan didirikan kelak.

 Di bawah projek ini, pengetahuan mengenai kaedah tradisional dan pengetahuan mengenai masyarakat setempat dan institusi penyelidikan akan digunakan bagi mencipta, mencuba dan mengekalkan plot demonstrasi tumbuhan ubat-ubatan yang terpilih.

 Beberapa siri program latihan akan juga dijalankan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat setempat mengenai cara-cara berkesan mencipta, mendirikan medan percubaan bagi herba-herba terpilih dan tumbuhan ubat-ubatan bagi tujuan pembiakan dan penkomersilan.

Aktiviti lain termasuklah mengumpulkan maklumat mengenai penggunaan herba secara tradisional  dan tumbuhan ubat-ubatan bagi penjagaan utama kesihatan dan mengubati penyakit.

 Bercakap di majlis perasmian tersebut, Datuk Abdul Rahim menyeru penduduk kampung menanam herba dan tumbuhan ubat-ubatan yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan secara komersil.

 Beliau berkata Sabah mempunyai potensi untuk menjadi pembekal spesis herba dan tumbuh-tumbuhan dan benih jika sektor tapak semaian dibangunkan secukupnya untuk memenuhi permintaan komersil di peringkat nasional dan negeri. �Sekiranya kita berjaya dalam membiakkan tumbuhan dan herba secara komersil, kita bukan sahaja dapat memenuhi permintaan tempatan tetapi juga menjadi pengeluar tumbuhan ubat-ubatan dan benih herba di rantau ini,� kata beliau.

Datuk Rahim juga menyeru penduduk kampung untuk mengambil peluang dari projek demo plot ini untuk mempelajari teknik perladangan organik dengan menyertai projek tersebut. Beliau berkata perladangan organik boleh menyumbang secara signifikan kepada sektor pertanian.

�Permintaan kepada makanan organik telah meningkat disebabkan orang ramai telah menjadi semakin berhati-hati memilih makanan untuk menjaga kepentingan kesihatan dengan memilih makanan yang tiada kandungan kimia dan racun serangga,� kata beliau.

Sementara itu Pengerusi IDS, Datuk Masidi Manjun berkata IDS telah memulakan penyelidikan mengenai herba dan tumbuhan ubat-ubatan pada tahun 1998 sebagai tindak balas kepada seruan kerajaan untuk mencari jalan lain selain dari sektor pembalakan yang mengalami penurunan ketara.

Bermula dari itu, IDS telah membangunkan beberapa produk herba, iaitu Jus Mengkudu dan kapsul serta teh daun Pegaga dan akar Tongkat Ali. Setakat ini, kapsul tersebut telah didaftarkan dengan Pusat Lembaga Kawalan Dadah Negara.

Koordinator Projek Geran Kecil UNDP, Dr. Martin Abraham dalam ucapan alu-aluan beliau berkata plot demo ini adalah salah satu dari 22 projek di Malaysia yang dibiayai oleh UNDP.

Beliau berkata semenjak tahun 2000 peruntukan telah diberikan kepada badan-badan bukan kerjaan untuk memulakan projek di bawah program negara UNDP. Setakat April tahun ini, 15 geran perancangan dan 22 geran projek telah diberikan kepada badan-badan bukan kerajaan di Malaysia.

 �Sabah mempunyai enam projek, iaitu yang paling banyak di  negara ini,� kata beliau sambil menambah bahawa projek dipilih berdasarkan kriteria mempromosikan biodiversiti dan ekopelancongan, yang boleh menyediakan kehidupan mapan kepada masyarakat setempat. 

 �Kami melihat projek berdasarkan suasana menang-menang � bagi kedua-dua penduduk dan alam sekitar. Ia mestilah mapan dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar,� kata beliau.

Lebih dari 170 orang termasuk pegawai-pegawai kerajaan, ketua kampung, dan ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah menghadiri perasmian tersebut. � Ahli-ahli pasukan projek UNDP/GEF-IDS 

 

<back to top>

 

 

 

 

4. Issues on gender, family and development

Gender issues play a significant role in development. Gender is a social, economic and cultural dimension which cuts across all areas and sectors of development. The gender approach does not only prioritize women, it also addresses the issues of gender equality and effective relationships in the development process. An understanding of the roles of men, women, children, the elderly within the family, the community, and their relations with each other, is therefore crucial to any development undertaking.

In the gender and development approach, improving the status of women is no longer considered an issue by itself, instead it is a goal. Based on a new World Bank 2000 research report, countries which adopt specific measures to protect women�s rights and increase their access to resources and schooling not only have less corruption, but they also achieved faster economic growth than countries which do not. Drawing on multidisciplinary research and the experiences of countries around the world, the same report reveals that countries that reduce gender gaps in areas such as education, employment and property rights not only have lower childhood malnutrition and child mortality but they also have cleaner business and government, and more rapid economic growth. The report says economic growth helps to further narrow the gender gap, creating a positive feedback loop. With globalization, new and varied gender-related issues and concerns have emerged whilst the challenges to socio-cultural, economic, political and institutional equity continue to persist. 

Based on the current needs and challenges, the Institute for Development Studies (IDS) Sabah in collaboration with Sabah Women�s Advisory Council (SWAC) has taken the initiative to organize a seminar on Gender, Family and Development. It was funded by the Konrad Adenauer Foundation (KAF) of Germany. The objective of the seminar was to facilitate and strengthen the interaction between government institutions dealing with policy planning and women organizations as well as NGOs and practitioners. It was felt that the interaction would act as an important catalyst in fostering changes besides ensuring the well adoption of gender perspective in all areas of development process.

The seminar was officiated by the Minister of Community Development and Consumer Affairs, Datuk Raymond Tan Shu Kiah. In his keynote address, Datuk Raymond Tan stressed that men and women should work together so as to create a harmonious relationship and it is necessary for men and women to possess both masculine and feminine qualities.  

He said there was a need to understand the importance of gender approach in development. This was because in the past, comments were made that development approaches did not consider seriously women�s participation, thus giving to allegations of inequality and unfairness towards women. According to him, gender approach did not mean giving priority or preference solely to women and ignoring other groups.  �To ensure the participation of society in development, the roles and involvement of men, women, the elderly and youths need to be integrated and effectively utilized in the development process so as to achieve national prosperity and welfare,� he said.

A total of six papers covering topics on gender related issues were presented at the seminar. The first paper entitled Gender and Development: An Overview  was delivered by Associate Professor Dr Jariah Masud from the Human Ecology Faculty, Universiti Putra Malaysia. She said there was minimal women�s participation in the political arena and in decision making at the community level. For example, she said out of Sabah�s 359 district/municipal council members in 1997, only 31 were women. She recommended a participatory approach in development where both men and women were given equal opportunity to be involved in policy formulation and programme planning.

The second paper entitled Children, Abused Children and Children�s Right was presented by Encik Roslee Hj Abbas from Universiti Malaysia Sabah. He disclosed that about 60 per cent of child abusers were female and about 80 per cent of the victims were abused by their parents. Thus, he said there was a need to address the lack of knowledge and parenting skills among parents. He suggested that NGOs play an active role in helping to inculcate in parents the importance of the healthy culture in the upbringing of children and to ensure the welfare of children is always safeguarded.

Associate Professor Dr Tengku Aizan Tengku Abd Hamid from the Institute for Gerontology, Universiti Putra Malaysia presented a paper on Aged and Elderly Women in Malaysia. She said that with the advent of modern health facilities, better living conditions and improved diet, people can expect to live well into old age, both in quality and span. She also noted that women form the majority of the aging population as women live longer than men. In Malaysia, she said the national average life expectancy for women in 2001 was 75.2 years and 70.3 years for men.

A recent UN report also revealed that about 78 per cent of older men worldwide were married whereas for older women it was only 44 per cent. �Since the tendency for older women to remarry is less likely compared to men, widowhood is a common feature among older women,� he said. This also illustrates the vulnerability of older women despite their greater life expectancy, she added.

She also said that the majority of the older women fall below the poverty line and that increased dependency and vulnerability in old age threaten the psychological well-being of women and their self-esteem.

A paper entitled Issues and Challenges of Single Mothers was delivered by Puan Zainaba Shukoor, Chairperson of the Single Mothers Association Sabah. In her presentation, she shared her experiences and challenges as a single mother. According to her, single mothers need to be strong physically, mentally, emotionally and spiritually in order to face today�s challenges.

Associate Professor Dr Hajah Rosnah Ismail from Universiti Malaysia Sabah presented a paper entitled Quality of Family Life in Malaysia. She stressed that the family unit plays an important role in the development of human resource and quality of family life. In this regards, she said the quality of family life needs careful consideration to ensure that the nation�s development aspirations are met.

Puan Fatmah Wattie Hj Abu Bakar, President of Sabah Muslim Women Lawyers Association (SALWA) in her paper Human Rights and Woman�s Rights in Malaysia pointed out that women�s rights as well as the men�s are protected by law. On divorce cases among Muslim, she said 30 percent of the  cases were withdrawn by wives who initiated the divorce proceedings.

The seminar was attended by 130 participants comprising members of women�s organizations, non-government organizations, and representatives from government departments and agencies and institutions of higher learning. The seminar was well received judging from the full attendance of participants throughout the seminar. �  Royaini Matusin

Isu-isu mengenai gender memainkan peranan penting dalam pembangunan. Gender ialah dimensi sosial, ekonomi dan budaya yang merangkumi semua bahagain dan sektor pembangunan.

Pendekatan gender bukan sahaja mengutamakan wanita, ianya juga menyentuh isu-isu mengenai keadilan gender dan hubungan yang efektif dalam proses pembangunan. Kefahaman mengenai  lelaki, wanita, kanak-kanak, orang-orang tua dalam keluarga, dan hubungan sesama mereka, dengan demikian adalah amat penting dalam proses pembangunan.

Dalam pendekatan gender dan pembangunan, memperbaiki status wanita bukan lagi dilihat sebagai isu tersendiri, ianya telah menjadi satu matlamat. Berdasarkan laporan penyelidikan Bank Dunia 2000, negara yang telah menggunapakai langkah-langkah khas untuk melindungi hak-hak wanita dan meningkatkan akses mereka terhadap sumber-sumber dan persekolahan bukan sahaja mempunyai masalah rasuah yang kurang, tetapi ia juga mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas berbanding negara yang tidak mengambil langkah serupa. Berdasarkan penyelidikan pelbagai disiplin di negara-negara seluruh dunia, laporan yang sama menunjukkan negara-negara yang mengurangkan jurang gender dalam perkara seperti pelajaran, pekerjaan dan hak mendapatkan harta bukan sahaja mempunyai kadar kanak-kanak yang kurang khasiat dan kematian kanak-kanak tetapi negara-negara ini juga mempunyai perniagaan dan kerajaan yang lebih bersih dan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat. Laporan itu menyatakan pertumbuhan ekonomi membantu mengurangkan jurang antara gender, mewujudkan tindakbalas positif. Dengan globalisasi, isu-isu baru dan kebimbangan mengenai gender  dan berkaitan telah muncul sementara cabaran terhadap sosio-budaya, ekonomi, politik, hak sama rata yang diinstitusikan terus diperkatakan.

Berdasarkan keperluan dan cabaran masa kini, Institut Kajian Pembangunan (Sabah) dengan kerjasama Majlis Penasihat Wanita telah mengambil inisiatif untuk mengajurkan seminar mengenai Gender, Keluarga dan Pembangunan. Ia telah dibiayai oleh Yayasan Konrad Adenauer, Jerman. Objektif seminar ini adalah untuk menyelaras dan mengukuhkan interaksi antara institusi kerajaan yang berurusan dengan perancangan dasar dan organisasi wanita serta badan-badan bukan kerajaan dan para pengamal. Adalah dirasakan interaksi ini akan menjadi pencetus penting yang dapat membawa perubahan selain dari memastikan penerimaan perspektif gender secara baik di semua bahagian dalam proses pembangunan.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Raymond Tan Shu Kiah. Dalam Ucaptama beliau, Datuk Raymond menekankan bahawa lelaki dan wanita perlu bekerjasama untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dan adalah perlu bagi lelaki dan wanita untuk memiliki kedua-dua sifat maskulin dan feminin.

Beliau berkata terdapat keperluan untuk lebih memahami kepentingan pendekatan gender dalam pembangunan. Ini adalah kerana di masa lampau, beberapa komen telah dibuat bahawa pendekatan pembangunan tidak secara serius memberi perhatian kepada penyertaan wanita, dan dengan itu telah dikatakan tidak memberi peluang sama rata dan adil kepada wanita. Menurut beliau, pendekatan gender tidak bererti memberi keutamaan atau keistimewaan semata-mata kepada wanita dan tidak mengendahkan kumpulan lain. �Untuk memastikan penyertaan masyarakat dalam pembangunan, peranan dan penglibatan lelaki, wanita dan orang-orang tua serta belia perlu diintegrasikan dan digembling secara berkesan dalam proses pembangunan untuk mencapai kemakmuran dan kesejahteraan negara,� kata beliau.

Sebanyak enam buah kertas kerja berkaitan dengan topik gender telah dibentangkan di seminar berkenaan. Kertas kerja pertama bertajuk, Gender dan Pembangunan: Pandangan Menyeluruh telah dibentangkan oleh Profesor Madya Dr Jariah Masud dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Beliau berkata terdapat penyertaan yang amat sedikit  dari kaum wanita dalam arena politik dan dalam proses membuat keputusan di peringkat masyarakat. Sebagai contoh, dari jumlah 359 ahli-ahli majlis daerah/perbandaran Sabah dalam tahun 1997, hanya 31 orang adalah wanita. Beliau mencadangkan kedua-dua lelaki dan wanita diberi peluang sama rata untuk melibatkan diri dalam merumus dasar dan perancangan progam.

Kertas kerja kedua bertajuk Kanak-Kanak, Kanak-Kanak Yang Didera dan Hak Kanak-Kanak telah dibentangkan oleh Encik Roslee Hj Abbas dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau berkata sejumlah 60 peratus pendera kanak-kanak adalah wanita dan sejumlah 80 peratus mangsa adalah telah didera oleh ibu- bapa mereka sendiri. Dengan itu beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani masalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran sebagai ibu bapa dikalangan ibu bapa. Beliau mencadang- kan badan bukan kerajaan memainkan peranan aktif dalam menanamkan kepentingan budaya sihat dalam membesarkan kanak-kanak dan memastikan kebajikan kanak-kanak terus terpelihara.

Profesor Madya Dr Tengku Aizan Tengku Abd Hamid dari Institut Gerontologi, Universiti Putra Malaysia telah membentangkan kertas kerja mengenai orang-orang tua, Wanita berumur di Malaysia. Beliau berkata dengan kemajuan kemudahan kesihatan yang moden, taraf kehidupan yang lebih baik dan tahap pemakanan yang lebih baik, orang ramai boleh menjangka akan hidup lebih lama hingga ke usia tua, dari segi kualiti dan jangka hayat. Beliau juga memaklumkan kaum wanita adalah golongan majoriti dalam kumpulan orang-orang tua kerana kaum wanita lebih panjang usianya dari kaum lelaki. Di Malaysia, beliau berkata purata nasional jangka hayat bagi wanita dalam tahun 2001 ialah 75.2 tahun dan 70.3 tahun bagi lelaki.

Laporan PBB baru-baru ini juga menunjukkan bahawa 78% lelaki berumur di seluruh dunia berkahwin manakala bagi wanita berusia ianya hanyalah 44%. �Oleh kerana kecenderungan bagi wanita untuk berkahwin lagi adalah kurang berbanding lelaki, kehidupan sebagai janda atau balu adalah sesuatu perkara yang biasa di kalangan wanita berusia,� kata beliau. Ini juga menunjukkan kelemahan wanita berusia walaupun mempunyai jangka hayat yang lama, tambah beliau.

Beliau juga berkata majoriti wanita berusia berada di bawah garis kemiskinan dan menjadi lebih bergantung dan lemah dalam usia tua yang mengancam kesejahteraan fisikologi dan keyakinan diri mereka.

Kertas kerja bertajuk Isu-isu dan Cabaran Sebagai Ibu Tunggal telah dibentangkan oleh Puan Zainaba Shukoor, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal di  Sabah. Dalam pembentangan beliau, beliau telah berkongsi pengalaman dan cabaran sebagai ibu tunggal. Menurut beliau, ibu tunggal perlu kuat dari segi fisikal, mental dan emosi serta rohaniah bagi menghadapi cabaran dunia masa kini.

Profesor Madya Dr Hajah Rosnah Ismail dari Universiti Malaysia Sabah telah membentangkan kertas kerja bertajuk Kualiti Kehidupan Berkeluarga di Malaysia. Beliau menekankan unit keluarga memainkan peranan penting dalam pembangunan sumber manusia dan kehidupan keluarga yang berkualiti. Dalam hal ini beliau berkata, kualiti kehidupan berkeluarga memerlukan perhatian yang teliti bagi memastikan aspirasi pembangunan negara dapat dipenuhi.

Puan Fatmah Wattie Hj Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Wanita Islam Sabah dalam kertas kerja beliau bertajuk Hak Manusia dan Hak Wanita di Malaysia menerangkan bahawa wanita serta lelaki dilindungi oleh undang-undang. Dalam kes perceraian di kalangan orang-orang Islam, beliau berkata 30 peratus dari kes ini telah di tarik balik oleh kaum wanita yang telah memulakan kes perceraian tersebut.

Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 130 peserta yang terdiri dari pertubuhan wanita, pertubuhan bukan kerajaan, dan wakil-wakil dari jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan pusat pengajian tinggi. Seminar ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dilihat dari segi kehadiran peserta sepenuhnya di seminar berkenaan. �  Royaini Matusin

 

<Back to top>

<Back to main page>

<Home>