SABAH AGRO-INDUSTRIAL PRECINCT (SAIP)


SAIP is a test-bed for agro-industrial development driven by knowledge, technological innovation and research, as well as communication and information technology.

It also serves as an integrated mechanism to create new wealth by optimising cluster competitiveness in the agro based industries, especially in the agro-forestry sector within a predominantly agropolitan region. It will lay the groundwork for the transformation of Sabah’s economy to the knowledge or k-economy.

Vision of SAIP

The Vision of SAIP is to turn Sabah into a world-class centre of excellence in the agriculture and natural resource-based industries by optimising the state's assets and endowments especially its rich biodiversity, large tracts of fertile land, and abundant inland and marine resources. This is to be achieved through the deployment of environment-friendly high technologies which include biotechnology, and information, communication and multimedia capabilities.

Mission of SAIP

The Mission of SAIP is as follows:

• To enhance the competitiveness and resilience of the national economy by developing the production, processing, marketing and entrepreneurship capability in the agro-based industries in a more integrated manner in order to create optimum cluster competitiveness.

• To create an agro-industrial corridor based on agro-forestry resources in the south-western sub-region of Sabah. This corridor will encompass the agro-forestry areas including non-traditional crops such as herbs; food production zone, agro-industrial area, integrated timber complex, pulp and paper industrial zone and furniture village.

Development Philosophy

The development philosophy of SAIP is in line with Malaysia's economic vision, to shift from a production-based economy or p-economy to one based on knowledge or k-economy. This paradigm shift will enhance the competitiveness and resilience of the state’s economic development in the long term.

Strategies of SAIP

To achieve SAIP's vission, the following strategies will be implemented:

• To develop entrepreneurship especially with respect to the creation of bumiputera entrepreneurs;

• To integrate entrepreneurship development with the agriculture sector;

• To promote the development of small and medium enterprises particularly start-ups;

• To intensify R&D applications and technology transfer;

• To promote science-industry linkage and investment in research;

• To upgrade the skills and knowledge of the workforce in related sectors;

• To provide information and communication technology (ICT) facilities;

• To increase the participation of farmers and the rural community in agro-industry development; and

• To provide infrastructure and related support facilities in an integrated manner.

Major Industries

SAIP encourages the development of agro-industries particularly those based on natural resources and non-traditional crops such as herbs. Among the major industries to be promoted are as follows:

• Bio-pesticides and chemical industries;

• Herbs and traditional medicines;

• Food supplements and condiments;

• Cosmetics and toiletries;

• Nutritional food and drinks;

• Dyes and detergents; and

• Pharmaceutical products.

Components of SAIP

SAIP is a growth centre which when fully developed will incorporate the following components:

• Industrial Zone and Small and Medium Enterprise Park;

• Knowledge or K-Park;

• Institutional and Commercial Zone;

• Agriculture and Herbal Park;

• Residential Zone;

• Recreational and Health Farm; and

• Infrastructure facilities.

Advantages of SAIP

SAIP possesses, among others, the following advantages:

• Strategic geographical location and access to efficient transportation system;

• Integrated system of production, processing, marketing and local support services;

• Support from both Federal and State governments including the provision of appropriate assistance;

• Adaptable and easily trained workforce;

• Ready access to expertise, consultancy and advisory services;

• Land resource with well-planned drainage system;

• Adequate basic amenities such as water, electricity and telecommunications;

• Specialised and dedicated training centre and demonstration facilities for research and development (R&D);

• Customised incubator facility to support the ventures of new entrepreneurs and start-ups;

• State-of-the-art infostructure and information technology networking; and

• Green, healthy and conducive environment.

Benefits of SAIP

Through SAIP, Sabah and the nation as a whole can reap the following benefits:

• Creating another new growth centre;

• Reducing the poverty rate, migration and concentration of population in major towns;

• Increasing the number of small and medium enterprises especially those owned by bumiputera entrepreneurs;

• Providing local and foreign investors an opportunity to invest in agro-industries with high technology;

• Assisting in technology transfer in production, processing and marketing;

• Involving farmers and entrepreneurs in raw materials production through the contract farming system;

• Turning Sabah into a major producer of nutritious food and natural products such as herbs; and

• Providing an avenue for the participation of farmers and the rural community in the k-economy.

The development of SAIP will infuse new dynamism to the agricultural sector in Sabah. It will catalyse the creation of new sources of growth and wealth for the prosperity and future of Sabah.

 

 

 

 

 

SAIP adalah medan ujian pembangunan agro-industri yang digerakkan oleh penggunaan ilmu pengetahuan, inovasi teknologi dan pendidikan, serta teknologi maklumat dan komunikasi.

SAIP juga merupakan mekanisme bersepadu bagi mencipta kekayaan baru dengan memanfaatkan keupayaan cluster competitiveness dalam agro-industri terutamanya yang berasaskan sumber perhutani dalam wilayah agropolitan. Ia juga sebagai persiapan bagi negeri Sabah beralih kepada k-ekonomi yang dijana oleh ilmu pengetahuan.

Wawasan SAIP

Wawasan SAIP adalah menjadikan Sabah sebagai pusat kecemerlangan dunia bagi industri berasaskan pertanian dan sumber asli dengan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan Negeri Sabah, terutamanya kepelbagaian hayat, tanah yang subur dan kawasan perairan yang luas. Ia akan dicapai melalui penggunaan teknologi tinggi yang mesra alam termasuk bio-teknologi, teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia.

Misi SAIP

Misi SAIP adalah seperti berikut:

• Meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi negara melalui peningkatan keupayaan pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan keusahawanan secara bersepadu demi untuk mengoptimakan keupayaan cluster competitiveness dalam sektor berasaskan pertanian.

• Mencetuskan pembangunan koridor agro-industri berasaskan sumber perhutani di sub wilayah pantai barat selatan Sabah. Koridor ini merangkumi ladang perhutani termasuk tanaman non-tradisional seperti herba, zon pengeluaran makanan, kawasan agro-industri, kompleks perkayuan bersepadu, industri pulpa dan kertas serta perkampungan perabot.

Falsafah Pembangunan

Falsafah pembangunan SAIP adalah selaras dengan wawasan ekonomi negara, yakni beralih daripada p-ekonomi atau ekonomi yang dijana oleh pengeluaran semata-mata, kepada k-ekonomi yang dijana oleh penggunaan ilmu pengetahuan. Anjakan paradigma ini mampu meningkatkan daya saing dan daya tahan bagi pembangunan jangka panjang ekonomi Sabah.

Strategi SAIP

Dalam mencapai wawasan SAIP, strategi-strategi yang akan di laksanakan adalah:

• Membangunkan keusahawanan terutamanya usahawan bumiputera;

• Menggabungkan pembangunan sektor pertanian dan bidang keusahawanan;

• Meningkatkan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana terutamanya usahawan baru;

• Meningkatkan penggunaan R&D dan pemindahan teknologi;

• Menggalakkan science-industry linkage dan pelaburan dalam penyelidikan;

• Meningkatkan tahap kemahiran dan ilmu pengetahuan tenaga kerja dalam bidang-bidang berkaitan;

• Menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi;

• Meningkatkan penyertaan kaum tani dan masyarakat desa dalam pembangunan agro-industri; dan

• Menyediakan infrastruktur dan kemudahan sokongan berkaitan secara bersepadu.

Industri Utama

SAIP menggalakkan pembangunan agro-industri terutamanya berasaskan sumber asli dan tanaman non-tradisional (TNT) seperti herba. Antara industri utama yang digalakkan ialah seperti berikut:

• Bio-pesticides dan industri kimia;

• Herba dan perubatan tradisional;

• Pelengkap pemakanan dan perasa;

• Kosmetik dan toiletries;

• Makanan dan minuman berkhasiat;

• Bahan pewarna dan pembersih; dan

• Produk farmaseutikal.

Komponen SAIP

SAIP apabila dibangunkan sepenuhnya adalah pusat pertumbuhan yang akan menyediakan komponen-komponen berikut:

• Zon Industri dan Taman Perusahaan Kecil dan Sederhana;

• K-Park atau Taman Ilmu;

• Zon Komersil dan Institusi;

• Zon Pertanian dan Taman Herba;

• Zon Kediaman;

• Health Farm dan Rekreasi; dan

• Kemudahan Infrastruktur.

 

Kelebihan SAIP

Antara lain, SAIP menampilkan kelebihan berikut:

• Kedudukan geografi yang strategik dan akses kepada sistem pengangkutan yang effisyen;

• Perancangan sistem pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan khidmat sokongan setempat yang bersepadu;

• Sumber-sumber bekalan mentah berhampiran disepanjang koridor Pantai Barat Selatan Sabah;

• Sokongan padu dari Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Pusat termasuk penyediaan bantuan yang bersesuaian;

• Sumber tenaga kerja yang mudah dilatih;

• Bantuan kepakaran, rujukan dan khidmat nasihat berterusan;

• Tanah pamah dengan sistem perparitan terancang;

• Kemudahan asas seperti kemudahan air, elektrik dan telekomunikasi yang mencukupi;

• Kemudahan khas pusat latihan, demonstrasi penyelidikan dan pembangunan;

• Kemudahan inkubator sebagai pusat sokongan untuk menggalakkan penglibatan usahawan baru;

• Jaringan infostruktur dan teknologi maklumat (IT) terkini yang lengkap; dan

• Kawasan persekitaran yang hijau dan mesra alam.

 

Faedah SAIP

Melalui SAIP, Sabah dan negara dapat faedah-faedah berikut:

• Mewujudkan sebuah lagi pusat pertumbuhan baru;

• Mengurangkan kadar kemiskinan, penghijrahan ke bandar dan penumpuan penduduk di bandar besar;

• Meningkatkan bilangan perusahaan kecil dan sederhana, terutamanya usahawan Bumiputera;

• Mewujudkan peluang pelaburan luar dan tempatan dalam bidang teknologi tinggi bagi agro-industri;

• Membantu pemindahan teknologi dalam aspek pengeluaran dan pemprosesan;

• Melibatkan petani dan pengusaha dalam pengeluaran bahan mentah melalui sistem ladang kontrak;

• Menjadikan Sabah sebagai pengeluar utama makanan berkhasiat dan produk asli seperti herba; dan

• Menyediakan saluran penyertaan kaum tani dan masyarakat desa dalam k-ekonomi.

Pembangunan SAIP akan memberikan nafas baru kepada sektor pertanian, dan sekaligus menjana pembangunan dan kekayaan baru demi untuk kemakmuran bersama dan masa depan Sabah.

 

<HOME>