Borneo Natural Products Sdn Bhd atau BNP merupakan anak syarikat Institut Perusahaan Kecil Dan Sederhana Sabah (IPKS). BNP ditubuhkan pada 14 September 2000 untuk menjalankan aktiviti pemprosesan hiliran buah-buahan.
BNP Sdn Bhd merupakan inkubatee perintis di bawah projek Sabah Agro-preneurial Incubator yang diterajui oleh IDS (Sabah). Projek ini bertujuan membantu usahawan kecil dan sederhana atau PKS dalam industri pemprosesan buah-buahan. Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai di antara IDS (Sabah), Marditech Corporation Sdn Bhd, Korporasi Pembangunan Desa dan Wawasan Sejahtera Sdn Bhd pada 17 Januari 2005 yang bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam penubuhan projek inkubator tersebut yang diharap dapat membantu membangunkan enterpris bio-industri di Sabah.
Projek Sabah Agro-preneurial Incubator ini merupakan pelopor kepada pembangunan Kompleks Inkubator Agro-Bioteknologi Bersepadu di Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP), yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sabah di Kimanis, Papar, Sabah.
Sesuai dengan konsep inkubator teknologi, objektif khusus penubuhan kilang pemprosesan oleh BNP ini adalah untuk: